Pada penghujung 2008 Kedah di kejutkan dengan projek agro iaitu ladang babi moden yang dicadangkan oleh Kerajaan PAS Kedah di Bukit Selambau, ianya melibatkan 160 hektar tanah yang akan di bangunkan untuk dijadikan ladang penternakan babi moden, namun ianya mendapat bantahan keras penduduk di sekitar kawasan Bukit Selambau yang telah membuat projek berkenaan gagal di laksanakan.
Setelah isu Ladang Penternakan babi moden pada tahun 2008 reda, kini timbul pulak satu lagi projek yang di pohon satu persatuan di Kedah iaitu projek pusat penternakan dan sembelih babi yang berkeluasan lebih dari 3 hektar, cuba dibangunkan di satu kawasan yang bernama Sungai Toh Pawang, Bedong, Kedah, berhampiran dengan kawasan perumahan PPRT yang majoritinya Melayu.