.

.

Pages

HARIMAU TUA PAS KEDAH DISEMBELIH HIDUP-HIDUP

Sunday, March 4, 2012

Assalamualaikum...

Sebelum ini juak-juak PAS Kedah memaki hamun MKT mengatakan Ustaz Azizan akan dipecat dari kerusi Menteri Besar Kedah tetapi kejadian hari ini terbukti adalah benar. Maaflah MKT tidak berminat hendak menceritakan, menulis dan memaparkan perkara-perkara yang tidak benar didalam blog MKT sendiri.


Ini antara entri-entri yang MKT maksudkan : klik sini, sini dan sini

Krisis kepimpinan PAS Kedah terjawab akhirnya apabila Ustaz Azizan diarahkan bercuti atau lebih pahitnya dilucutkan jawatan sebagai Menteri Besar dan ianya telah diputuskan pada siang tadi. Berita ini bukannya dari ilham MKT tapi dari blog pro pembangkang yang mengikuti isu ini.

MKT ucapkan takziah kepada Ustaz Azizan kerana diperlakukan sebegitu oleh rakan-rakan yang selama ini memuja sambil tangan menikam belakangnya. Hanya kerana pendiriannya menentang arus kepimpinan PAS Pusat beliau telah diperlakukan begitu. Zalim rupanya PAS ini. Lagi zalim dari UMNO.


MKT mendapat tambahan berita yang menyatakan krisi tersebut terlerai disebabkan oleh campurtangan Imam Anwar el-Mahdey Ibrahim yang hanya memberikan arahan terus melalui telefon. Adehhh...rupa-rupanya PAS berkiblatkan Anwar juga. Dimanakah kepentingan Mursyidul Am PAS? Adakah tidak dilaksanakan Musyawarah antara ahli-ahli Dewan Ulama'?

Yang pastinya PAS Kedah akan berkubur tidak lama lagi. Harimau Tua PAS yang MKT kagum selama ini disembelih hidup-hidup oleh rakan-rakan PAS sendiri.



0 ulasan:

Post a Comment

 
© Copyright 2010-2011 Melayu Kedah Terakhir All Rights Reserved.
Template Design by Herdiansyah Hamzah | Published by Borneo Templates | Powered by Blogger.com.