.

.

Pages

GAGAH LAGIKAH HARIMAU TUA PAS KEDAH ITU?

Tuesday, January 24, 2012

Kebodohan juak-juak PAS jelas ketara apabila sanggup menyelar Menteri Besar Kedah dimana beliau adalah salah seorang pemimpin PAS peringkat tertinggi. Berjawatan sebagai Pesuruhjaya PAS Negeri Kedah, Ustaz Azizan tetap dicemuh juak-juak bangang kerana mengambil langkah melawan arus dengan pendirian PAS Pusat. Kasihan MKT kepada beliau. Kasihan kerana selama ini tidak pernah Ustaz Azizan mencampuri hal ehwal pentadbiran Kerajaan Pakatan yang lain. Tiba giliran beliau, terus diselar dengan cara pentadbirannya.

Bagi MKT, tindakan Ustaz Azizan menyokong tindakan mengenakan AUKU terhadap 5 penuntut KUIN adalah tindakan yang cukup berani. Tetapi selama manakah keberanian Ustaz Azizan menghadapi cemuhan dan kritikkan tidak pula MKT berani jamin. Tidak takutkah beliau dimana beliau mungkin akan dipecat? Seperti rakan seperjuangan beliau di dalam PAS dahulu iaitu Dr. Hassan Ali ataupun direhatkan seperti Ustaz Nasa? Penyangak-penyangak kuasa didalam PAS Kedah sendiri pun menanti peluang beliau tersilap percaturan sahaja untuk menikam belakangnya.

Jika begini keadaannya, sudah pasti Mahfuz akan mengambil alih kerusi MB dari Ustaz Azizan kelak. Tetapi, mampukah Mhfuz menjadi MB Kedah yang berkaliber...hehehe...tepuk dada tanya iman masing-masing.

P/S dari MKT : Harimau Tua PAS Kedah sedang dicabar kewibawaannya oleh anak-anak anjing yang baru nak tumbuh gigi. Teringin jugak MKT hendak melihat adakah harimau tua ini masih gagah seperti dulu ataupun sudah luruh giginya....

0 ulasan:

Post a Comment

 
© Copyright 2010-2011 Melayu Kedah Terakhir All Rights Reserved.
Template Design by Herdiansyah Hamzah | Published by Borneo Templates | Powered by Blogger.com.