.

.

Pages

ALASAN DEMI ALASAN MENUTUP PEKUNGNYA...

Wednesday, February 29, 2012


ALOR SETAR - Timbalan Pesuruhjaya 1 Pas Kedah Datuk Phahrolrazi Zawawi berkata beliau enggan dilantik semula sebagai Exco kerajaan negeri Kedah kerana mempunyai perbezaan pendapat yang "kritikal" dengan Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak dalam soal pentadbiran kerajaan negeri.

Bagaimanapun, katanya, jika pimpinan Pas Pusat mahu beliau kembali menjadi Exco, beliau bersedia mempertimbangkannya tetapi dengan syarat tertentu.

Beliau yang menyifatkan masalah beliau dengan Azizan, yang juga Pesuruhjaya Pas negeri, sebagai masalah peribadi berkata beliau berhak untuk tidak terus menjadi Exco kerana sebagai Exco beliau perlu taat kepada ketua dan jika tidak beliau perlu "keluar".

" Dalam organisasi kita hendaklah setuju dengan pemimpin kita. Kalau ada banyak perkara yang tak setuju kita tak boleh duduk dalam organisasi itu. Sebagai kerajaan kita ada tanggungjawab bersama, kalau tak setuju kena ada cara untuk kita tak susahkan mereka (ketua). Menteri Besar ada pendapat dia sendiri. Pendapat itu perlu dihormati.


Assalamualaikum...

Semudah A,B dan C ulasan bekas Exco sorang ni. Memang bijak membuat alasan. Sedangkan perbalahan antara beliau dan MB sememangnya sudah diketahui ramai. Itu yang cuba ditunjukkan kepada rakyat Malaysia pada amnya. 


Cerita sebenarnya pula timbul semasa sidang media di rumah, dimana beliau telah menjelaskan segalanya mengenai hubungan antara beliau dan MB Kedah. Siap ada yang menjerit menyokong segala tindakan beliau.


Jika kurang percaya, sila klik di sini untuk buktinya


Inilah sikap sebenar orang-orang PAS. Hipokrit bin Munafik yang nyata dan jelas. 


P/S dari MKT : Nak bagi jawatan pun kena bersyarat-syarat. Ingat perkhidmatan hang semasa jadi exco dulu tu, cemerlang sangat ker? Tak payah bagi langsung pun tak ada yang rugi pun kepada rakyat Negeri Kedah...

0 ulasan:

Post a Comment

 
© Copyright 2010-2011 Melayu Kedah Terakhir All Rights Reserved.
Template Design by Herdiansyah Hamzah | Published by Borneo Templates | Powered by Blogger.com.