.

.

Pages

KESILAPAN MELANTIK EXCO YANG MEMAKAN DIRINYA...

Tuesday, February 28, 2012


Assalamualaikum...



Kepimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak dalam kerajaan negeri Kedah terus tercabar apabila lima ahli EXCO PAS Kedah bertindak memulau mesyuarat khas tertutup parti itu yang dipengerusikannya.
Mesyuarat, yang diadakan kira-kira jam 4 petang semalam, di Ibu Pejabat PAS Kedah, di Kota Sarang Semut, di sini menyaksikan ketidakhadiran Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Phahrolrazi Zawawi;Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Badan Bukan Kerajaan, Datuk Dr Ismail Salleh; Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan dan Industri, Datuk Amirruddin Hamzah; Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan, Datuk Dr Hamdan Mohamed Khalib dan Pengerusi Jawatankuasa Penerangan dan Pembangunan Usahawan, Datuk Abdul Ghani Ahmad.

Kerajaan Pas Kedah mempunyai 10 EXCO dengan tujuh PAS dan tiga Parti Keadilan Rakyat(PKR).Dua EXCO yang hadir ialah Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Pelajaran, Datuk Mohamed Taulan Rasul dan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kebajikan, Datuk Siti Aishah Ghazali. Turut hadir pada mesyuarat itu termasuk, Speaker DUN Kedah, Datuk Dr Abdul Isa Ismail;Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar; Setiausaha Politik Menteri Besar, Mohamad Sanusi Md Nor dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeneri, Datuk Yahya Abdullah.

MKT terfikir sejenak mengapa Ustaz Azizan diperlakukan sebegitu teruk oleh rakan-rakan sealirannya? Sedangkan otai PAS Mahfuz pun ada jugak beri muka pada Ustaz Azizan takkanlah yang junior-junior ini sudah berasa besar kepala?

Seingat MKT, dalam mana-mana Mesyuarat anjuran UMNO, tidak pula ada kes yang sebegini. 

Pada pendapat MKT, PAS sebenarnya mengikut pentadbiran Islam tu hanyalah sekadar dimulut sahaja bukannya melalui perbuatan. Itulah dinamakan FASIK.  Sudahlah MUNAFIK, sekarang FASIK pula...adehhh....

0 ulasan:

Post a Comment

 
© Copyright 2010-2011 Melayu Kedah Terakhir All Rights Reserved.
Template Design by Herdiansyah Hamzah | Published by Borneo Templates | Powered by Blogger.com.