.

.

Pages

BUKAN PROJEK UMNO TAPI PROJEK PAS KEDAH

Monday, March 5, 2012


Pada penghujung 2008 Kedah di kejutkan dengan projek agro iaitu ladang babi moden yang dicadangkan oleh Kerajaan PAS Kedah di Bukit Selambau, ianya melibatkan 160 hektar tanah yang akan di bangunkan untuk dijadikan ladang penternakan babi moden, namun ianya mendapat bantahan keras penduduk di sekitar kawasan Bukit Selambau yang telah membuat projek berkenaan gagal di laksanakan.

Setelah isu Ladang Penternakan babi moden pada tahun 2008 reda, kini timbul pulak satu lagi projek yang di pohon satu persatuan di Kedah iaitu projek pusat penternakan dan sembelih babi yang berkeluasan lebih dari 3 hektar, cuba dibangunkan di satu kawasan yang bernama Sungai Toh Pawang, Bedong, Kedah, berhampiran dengan kawasan perumahan PPRT yang majoritinya Melayu.

Pemohonan untuk membuka pusat berkenaan yang dilakukan oleh "Persatuan Peniaga-peniaga Babi Kedah" telah pun di terima pihak berkuasa tempatan MPSP(K) namun hanya menanti kelulusan dari Jabatan Kerja Raya(JKR), Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan Pejabat Tanah. Sekiranya ketiga-tiga jabatan berkenaan meluluskan, besar kemungkinan tiada halangan dari Pihak Berkuasa Tempatan MPSP(K).

Pesoalannya, apakah Kerajaan Negeri Kedah akan menyokong dan memberi kebenaran terhadap projek yang boleh di katakan agak besar? Jika kita renung kembali kisah lama yang berlaku pada tahun 2008, Kerajaan Kedah pentadbiran PAS cukup berminat dengan projek penternakan Babi, kerana Haiwan itu boleh beranak tiga kali setahun dan setiap kali beranak, ia boleh melahirkan 11 ekor anak, dan PAS Kedah mungkin akan merasa bangga dengan kejayaan projek Agro berkenaan.


Assalamualaikum...

MKT kagum dengan Kerajaan PAS Kedah yang akan mengikut jejak langkah Kerajaan PKR Selangor yang telah membuka sebuah ladang babi. Memang satu strategi perniagaan yang hebat kerana jika PAS Kedah membela binatang-binatang ternakan yang halal, maka dikhuatiri akan diselewengkan oleh ahli-ahli PAS yang kebanyakkannya adalah Melayu Islam. Jadi dibinanya ladang babi. Oleh yang demikian terselamatlah akidah ahli-ahli PAS dari melakukan penyelewengan sebab yang pastinya orang bukan Islam yang akan menguruskan ladang tersebut. Memang bijak..cukup bijak..

0 ulasan:

Post a Comment

 
© Copyright 2010-2011 Melayu Kedah Terakhir All Rights Reserved.
Template Design by Herdiansyah Hamzah | Published by Borneo Templates | Powered by Blogger.com.