.

.

Pages

CABARAN USTAZ AZIZAN KEPADA PAS PUSAT...

Sunday, January 29, 2012

"Saya tidak takut kepada desakan supaya saya dipecat"
FASAL 82  
Tatatertib


Semua ahli-ahli PAS hendaklah:

(a) Taat dan patuh kepada hukum-hukum dan ajaran-ajaran Islam yang menjadi dasar PAS itu.
(b) Taat dan patuh kepada Perlembagaan Parti serta Aturan dan Peraturannya.

(c) Taat dan patuh kepada arahan-arahan dan perintah-perintah Parti.
(d) Melaksanakan kewajipan-kewajipan yang ditugaskan oleh Parti sedaya upaya yang boleh.
(e) Menjaga dengan cermatnya segala rahsia-rahsia Parti.
(f) Mengamal akhlak Islam.
(g) Mengawal diri supaya tidak melakukan sebarang tindakan yang menyalahi atau merugikan kepentingan Parti.
(h) Menerima PAS sebagai satu-satunya wadah perjuangan Islam bagi dirinya di dalam negara ini.

Itu salah satu dari Perlembagaan PAS yang telah dipersetujui dari dahulu lagi. Persoalan yang MKT hendak timbulkan disini adalah jika PAS benar-benar mengikut Perlembagaan ini maka secara tidak langsungnya mengikut hampir keseluruhan Perlembagaan UMNO/ Barisan Nasional. Bukankah Perlembagaan UMNO/Barisan Nasional ini adalah ciptaan orang-orang kafir? 

Mengapa hal ini PAS tidak menggunakan Perlembagaan Islam seperti yang terkandung di dalam Al-Quran? Sepatutnya PAS kena letakkan Al-Quran sebagai rujukannya. Itu yang perlu diutamakan.

Ditambah lagi mengenai perihal Tindakan Tatatertib, sepatutnya PAS menggunakan tindakan seperti Rasullah mengawal disiplin dan akhlak umatnya. Bukannya fasal-fasal seperti di atas yang jelas mengcopy-pastekan perlembagaan yang seblum ini dicanang sebagai kafir.

MKT cuma letak satu sahaja contoh dimana PAS tidak menggunapakai perlembagaan partinya. 

(a) Taat dan patuh kepada hukum-hukum dan ajaran-ajaran Islam yang menjadi dasar PAS itu.

i)  Taat ke para-para ahli PAS dengan hukum dan ajaran-ajaran Islam?
ii) Ada ker Islam mengajar pengikut-pengikutnya memaki hamun? 
iii) Ada ker Islam mengajar pengikutnya menyokong membabi buta seorang yang jelas-jelas peliwat dan penzina? 
iv) Ada ker Islam menyuruh berdusta? memfitnah? mencerca? 

Itu baru sikit, selebihnya MKT letakkan pemahamannya di bahu para pembaca semua. Sepatutnya PAS sudah pecat ramai ahlinya sebab melanggar Fasal 82 ni. 

P/S dari MKT : Berani ke PAS pecat semua ahlinya termasuk Nik Aziz kerana memaki hamun menggunakan perkataan Celako! tu?...hehehehe....

P/S dari MKT II : Dulu Hassan Ali sebab melanggar Fasal 82(g) ni, sekarang ni adakah Azizan juga akan dikenakan tindakan yang sama sebab mempertahankan AUKU? MKT nak tengok berani ke tidak PAS ni...hehehehe...
(g) Mengawal diri supaya tidak melakukan sebarang tindakan yang menyalahi atau merugikan kepentingan Parti.



1 ulasan:

Anonymous said...

mesti tak pecat la...sbb tu perangai yang senonoh,kalau buat mcm hassan ali tu,p tangkap org nak murtadkan umat islam mesti kena pecat la bro...pasai nik aziz kata tak senonoh.

Post a Comment

 
© Copyright 2010-2011 Melayu Kedah Terakhir All Rights Reserved.
Template Design by Herdiansyah Hamzah | Published by Borneo Templates | Powered by Blogger.com.