.

.

Pages

JILAT LUDAH BALIK LA JUAK-JUAK PAS...HIHIHI

Tuesday, February 28, 2012

Assalamualaikum...

ALOR SETAR: Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak, dan lapan anggota EXCO kerajaan negeri hari ini mengangkat sumpah jawatan di hadapan Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah, Datuk Seri Tunku Annuar Sultan Badlishah di Istana Anak Bukit, di sini.

Lapan EXCO itu ialah Datuk Amiruddin Hamzah, Datuk Mohamed Taulan Mat Rasul, Datuk Dr Hamdan Mohamed Khalib, Lim Soo Nee, Abd Ghani Ahmad, Tan Joon Long @ Tan Chow Kang, Datuk Siti Ashah Ghazali dan S Manikumar, yang masing-masing menerima tawaran pelantikan semula.
Azizan sebelum ini mengumumkan hanya lapan EXCO akan mengangkat sumpah jawatan bagi sesi 2012 walaupun lazimnya EXCO kerajaan negeri dibarisi 10 anggota.
Dua EXCO sedia ada yang tidak termasuk dalam senarai mengangkat sumpah sumpah hari ini ialah Datuk Phahrolrazi Zawawi dan Datuk Dr Ismail Salleh.

Turut hadir pada majlis hari ini ialah tiga lagi anggota Jemaah Pemangku Sultan Kedah iaitu Tan Sri Tunku Sallehuddin Sultan Badlishah, Datuk Seri Tunku Abdul Hamid Thani Sultan Badlishah dan Datuk Seri Tunku Puteri Intan Safinaz Sultan Abdul Halim. Kedah adalah satu-satunya negeri dengan jawatan pengerusi jawatankuasa peringkat negeri (EXCO) perlu diperbaharui setiap tahun.
Sebelum ini, Phahrolrazi dan Dr Ismail sudah menghantar surat kepada Azizan bagi menyatakan keengganan mereka dilantik semula ke jawatan itu.



Dengan perlantikkan terbaru exco-exco negeri Kedah sememangnya dialu-alukan, Sememangnya Ustaz Azizan   telah membuat satu keputusan yang bijak dan diharapkan exco-exco terbaru ini dapat memberikan perkhidmatan yang lebih baik dari tahun sebelumnya.

Selama ini juak-juak Pakatan Rakyat khususnya PAS begitu tega menuduh kami para-para blogger yang 'Mesra Kerajaan' jenis blogger murahanlah, blogger pembohonglah dan macam-macam lagi kata-kata aluan yang kurang enak didengar dan dibaca. Tetapi dengan ter'tendang'nya dua exco bermasalah dari exco Kedah maka terbukti segala dakwaan kami adalah benar dan kata-kata aluan yang kurang enak itu telah kembali kepada blogger-blogger anti Kerajaan.

MKT mengucapkan syukur ke haderat Illahi atas timbal balik yang adil ini. Pada juak-juak Pakatan Rakyat, jilat dan telanlah kahak hijau yang telah korang ludahkan kepada kami dahulu....hihhihi....

0 ulasan:

Post a Comment

 
© Copyright 2010-2011 Melayu Kedah Terakhir All Rights Reserved.
Template Design by Herdiansyah Hamzah | Published by Borneo Templates | Powered by Blogger.com.