.

.

Pages

PAS PUSAT MENJAJAH NEGERI KEDAH..SEJARAH MELAYU BERULANG KEMBALI

Wednesday, March 7, 2012

Assalamualaikum...


Dewan Ulama PAS meminta semua ahli-ahli PAS Kedah agar dapat memberikan kerjasama dengan Ustaz Azizan serta mendengar pandangan beliau walaupun beliau tidak lagi mempunyai kuasa mutlak sebagai Menteri Besar untuk mentadbir Kedah.

MKT berasa hairan kerana inilah kali pertamanya tugas Menteri Besar hanyalah sebagai boneka sahaja. Tidakkah cara ini serupa dengan cara penjajah Inggeris menakluk negeri-negeri Melayu semasa zaman dahulu? Dimana terbitnya pejuang-pejuang Melayu bangun mempertahankan tanah airnya.

Mengapa MKT menuduh sedemikian? Kerana proses campurtangan PAS Pusat ke dalam pentadbiran PAS Kedah bolehlah diumpamakan camputangan Kerajaan Inggeris didalam pentadbiran beraja pada waktu itu. Proses yang sama tetapi senario yang berbeza. 

Rasanya tidak tertulis mana-mana sejarah dunia Islam, sebuah parti politik pusat berusaha mengambil alih sebuah pemerintahan Negeri sedangkan di negeri itu ada khalifah yang dilantik oleh rakyat.

Selama ini Pakatan Rakyat melaung-laungkan kuasa rakyat tetapi sayangnya, pada kali ini tangan-tangan mereka yang bertindak merobohkan apa yang mereka sendiri pertahankan. Inikah kerajaan impian rakyat Malaysia? Sebuah pakatan politik yang sebenarnya berlindung disebalik keadilan rakyat tetapi ianya hanyalah sandiwara politik semusim sahaja.

Tiada gunanya kita menang sorak tetapi tergadai agama, bangsa dan negara.

0 ulasan:

Post a Comment

 
© Copyright 2010-2011 Melayu Kedah Terakhir All Rights Reserved.
Template Design by Herdiansyah Hamzah | Published by Borneo Templates | Powered by Blogger.com.