.

.

Pages

RAKAN BAIK ANWAR SOKONG PEBAKARAN KITAB QURAN OLEH TENTERA US

Monday, March 5, 2012

Calon presiden Amerika Syarikat dari Parti Republik Rick Santorum mengkritik permintaan maaf Presiden Barack Obama berkaitan pembakaran Al Quran di Afghanistan. Santorum juga menambah bahawa Afghanistan lah yang sepatutnya meminta maaf keatas kematian empat tentera AS selama enam hari kekerasan yang berlaku insiden tersebut.




Tak ada kesalahan yang sengaja dalam hal ini," ujar Santorum pada hari Ahad (26/2) yang lalu dalam acara This Week di stesen televisyen ABC. "Pembakaran tersebut adalah kejadian yang disebut kesalahan. Sementara membunuh tentera Amerika bukanlah kesalahan. Itu adalah sesuatu yang sengaja, "katanya.Lebih dari 30 orang telah dibunuh dalam rusuhan sejak terjadinya pembakaran kitab suci Al-Quran dan bahan-bahan suci lainnya yang dicampakkan ke dalam sebuah lubang pembakaran yang digunakan untuk membakar sampah di Bagram Air Field, sebuah markas tentera AS di utara Kabul.Pemprotes yang marah atas pembakaran Quran itu, melemparkan bom tangan pada hari Ahad ke markas AS di kawasan utara Afghanistan dan berlaku pertempuran dengan polis dan tentera yang menyebabkan tujuh tentera antarabangsa cedera parah dan dua orang rakyat Afghanistan meninggal."Respons ini perlu mendapatkan permintaan maaf dari (Presiden Hamid) Karzai dan masyarakat Afghanistan kerana menyerang dan membunuh tentera kita dan telah bertindak balas berlebihan di atas kesalahan yang tidak sengaja ini," katanya Santorum di acara Meet the Press di NBC."Peristiwa tersebut terbukti adalah jenayah, tidak terletak pada apa yang dilakukan tentera kami," kata Santorum. Menurutnya, permintaan maaf Obama menimbulkan kesan bahawa ada yang harus disalahkan dan AS telah melakukan kesalahan "atas tindakan yang tidak sengaja," kata Santorum.Santorum mengatakan berbanding menyatakan maaf, Obama seharusnya hanya perlu menyatakan bahawa membakar buku suci umat Islam di lubang sampah adalah salah dan akan mengambil tanggung jawab atas insiden itu.Santorum adalah pihak terakhir dari Republik yang mengkritik Obama kerana telah meminta maaf atas kejadian pembakaran bahan agama umat Islam.


P/S dari MKT : Alamat lagi parahlah umat Islam jika si bahlol diatas menjadi Presiden Amerika kelak.

0 ulasan:

Post a Comment

 
© Copyright 2010-2011 Melayu Kedah Terakhir All Rights Reserved.
Template Design by Herdiansyah Hamzah | Published by Borneo Templates | Powered by Blogger.com.