MCA Langkawi dengan kerjasama Kementerian Pelancongan Malaysia telah mengadakan Sambutan Perayaan Chap Goh Mei Peringkat Daerah Langkawi bertempat di Dataran Pekan Rabu, semalam. Pelbagai acara telah diadakan sempena menyambut hari ke-15 kalendar Cina.
Antaranya :
1) Melontar buah limau ke dalam laut.
2) Pertunjukkan bunga api.
3) Tarian Singa.
4) Persembahan koir ' 1 Malaysia ' dari pelajar-pelajar sekolah.
5) Persembahan nyanyian oleh artis yang pernah memenangi
6) Persembahan Tarian Tradisional Masyarakat Cina.
7) Dan persembahan yang paling istimewa oleh kumpulan yang didatangkan khas dari Tembok Besar Negara China iaitu ' Thousand hands of Lady Kuan Yin'.
Kenamaan yang telah hadir memeriahkan majlis tersebut antaranya adalah Tan Sri Khalid Ramli; Pengurus Besar LADA, Dato' Paduka Abu Bakar Taib; Ahli Parlimen Langkawi, Dato Ir. Nawawi Ahmad; ADUN Kuah dan Ketua MCA Langkawi; Datuk Chen Liau Weng. Dianggarkan seramai lebih dari 1,000 orang dari pelbagai bangsa telah datang dan menyaksikan acara tahunan di dalam kalendar Pulau Langkawi.
P/S dari MKT : Nampaknya kaum Cina Langkawi sudah kembali menyokong Kerajaan di bawah pimpinan Najib. Alhamdulillah...
0 ulasan:
Post a Comment