.

.

Pages

PERLUKAH SEJARAH LAMA BERULANG KEMBALI?

Sunday, November 18, 2012


Ada lagi 7 tahun hendak tiba tahun keramat negara iaitu 2020. MKT berharap sangat-sangat rakyat Malaysia amnya tidak mensia-siakan peluang ini. Sasaran pihak Kerajaan/ UMNO/ BN adalah memacu negara ke sebuah negara MAJU pada tahun itu. Jangan disebabkan perbezaan politik, kita menolak peluang keemasan ini seperti yang berlaku di Kedah.


Kerajaan Kedah dahulunya menetapkan Kedah akan maju pd 2010 tetapi sayangnya peluang itu terpaksa ditangguhkan kerana pertukaran Kerajaan yg menyaksikan rakyat negeri Kedah berputih mata.

Beserta slogan "KEDAH MAJU 2010" akhirnya menjadi impian yang berkecai akibat penangan tindakan sabotaj oleh kebanyakkan ahli-ahli dan penyokong UMNO itu sendiri.

Padahal tahun keramat itu berada tidak jauh untuk digapai oleh rakyat negeri Kedah.

Dengan pertukaran Kerajaan memerintah maka bertukar juga slogan terbaru iaitu "KEDAH SEJAHTERA". Tetapi adakah benar negeri Kedah sudah sejahtera atau sekadar slogan yang menjadi pemanis bibir bila berbicara dihadapan para penyokong?

Tepuk dada dan tanya iman masing-masing. Yang pentingnya, rakyat Malaysia jangan jadikan pisang berbuah untuk kali kedua. Tetapkan pendirian, kekalkan pemerintahan yang ada. Marilah bersama-sama mengapai sasaran Negara Maju pada tahun 2020.

Untuk lebih maklumat mengenai Wawasan 2020 ini, sila klik DI SINI

0 ulasan:

Post a Comment

 
© Copyright 2010-2011 Melayu Kedah Terakhir All Rights Reserved.
Template Design by Herdiansyah Hamzah | Published by Borneo Templates | Powered by Blogger.com.