.

.

Pages

DAHULUNYA MAAHAD TAHFIZ BUNIAN, SEKARANG PERUMAHAN BUNIAN PULAK?

Monday, November 19, 2012


Teruja dengan pendedahan daripada rakan blogger MKT iaitu aloqstaqblog mengenai projek apartment kos rendah yang dicanangkan ke seluruh negeri pada tahun 2010, rupa-rupanya indah khabar dari rupa sebenarnya.

Perancangan manifesto untuk PRU ke 12 yang lalu rupanya hanya sekadar berjanji untuk memecah tanah sahaja bukan untuk membangunkan projek berkenaan.


Pada hemah MKT, sebenarnya blogger aloqstaqblog tersilap membuat tuduhan. Kerajaan PAS sebenarnya telah pun membangunkan projek berkenaan tetapi dalam bentuk maya atau illusi sahaja.

Projek pecah tanah sahaja dibuat dalam bentuk realiti tetapi pembinaannya dibuat dalam bentuk maya.

Maka terbina sudah dua (2) projek pembangunan yang dipelopori oleh Kerajaan PAS Kedah. Yang pertamanya adalah Maahad Tahfiz Sains Pulau Tuba dan yang keduanya adalah projek   Apartment Kos Rendah. Yang menariknya kedua-duanya hanya WUJUD di alam ghaib atau maya sahaja.

P/S : Errr...nak jual kepada penduduk Bunian ker?

Apa sudah jadi dengan janji Kerajaan PAS Kedah ini ? Adakah ini satu lagi PENIPUAN BESAR & TERANG-TERANGAN KERAJAAN PAS KEDAH KEPADA JANJI MANIFESTO PAS KEDAH PADA PRU12 LEPAS ?

Sehinggakan rakyat Kedah telah termakan janji manis mereka yang beracun , mereka berkokok mengalahkan ayam jantan di subuh hari, berjanji itu ini, tetapi janji untuk rakyat bawahan nampaknya tak tertunai ... nampaknya, PAS Kedah hanya dok mengharap Kerajaan BN Pusat jugakkk dalam membantu rakyat berpendapatan rendah di Kedah ...

Apakah penjelasan Kerajaan Negeri Kedah kali ini, dalam kegagalan mereka merealisasikan Manifesto PAS Kedah bagi memperbanyakkan rumah mampu milik kepada rakyat berpendapatan rendah dan sederhana setelah kini mereka sudah hampir sampai ke penghujung tempoh memimpin Kedah, Pasca PRU12 ?

Sebelum ini Warta Darul Aman (lidah rasmi Kerajaan PAS Kedah) pernah menyiarkan beberapa kali mengenai Projek Perumahan Kos Rendah di negeri pimpinan PAS Kedah Sejahtera ni, KONONNYA diwujudkan untuk rakyat yang kurang mampu untuk membeli rumah yang bernilai ratusan ribu ringgit, maka telah digembar-gemburkanlah di dalam serata ceramah + risalah bercetak (kerajaan negeri) yang disebarkan ke seluruh ceruk kampung, surau serta masjid di Kedah bahawa kerajaan PAS Kedah tidak melupakan rakyat bawahan dalam menyediakan rumah mampu milik.

Rakyat Kedah telah didongengkan dengan majlis pecah tanah projek Perumahan Kos Rendah (RUJUK : MAJLIS PECAH TANAH PROJEK APARTMENT KOS RENDAH OLEH YAB MENTERI BESAR KEDAH AL-USTAZ AZIZAN AL-FUTARBELIT PADA HUJUNG MEI 2010 DAHULU !!!!)

Perkara ini pernah turut dibangkitkan oleh TAN KENG LIANG (Ketua Pemuda GERAKAN Kedah) pada 15 Jun lalu. Rujuk artikel di blog sahabat AloQStaQ , paruhsikenari.blogspot> Klik di SINI.

Cerita lanjutnya boleh ke LAMAN INI

0 ulasan:

Post a Comment

 
© Copyright 2010-2011 Melayu Kedah Terakhir All Rights Reserved.
Template Design by Herdiansyah Hamzah | Published by Borneo Templates | Powered by Blogger.com.