.

.

Pages

SIAPAKAH PEMIMPIN INI?

Monday, October 29, 2012


Kenalkah para pembaca siapakah pemimpin diatas ini? Beliau adalah bekas Ahli Parlimen PAS mewakili Parlimen Bachok, Kelantan pada tahun 1964. Pada 26 April 1974, Abu Bakar selaku Ketua Dewan Pemuda PAS meninggalkan parti PAS apabila PAS di bawah Dato Mohd Asri bin Haji Muda menyertai Barisan Nasional pada 1974. Kemudian beliau dipecat oleh PAS kerana membuat keputusan yang bercanggah dengan keputusan parti. Beliau tidak melompat parti, sebaliknya kembali ke pangkuan PAS di penghujung usianya. Ramai juga pemimpin PAS tidak bersetuju dengan keputusan jawatankuasa tatatertib PAS Pusat memecat Abu Bakar Hamzah. Bagi mereka, tindakan yang dibuat oleh Abu Bakar Hamzah bertentangan mahupun merugikan parti.

Artikel MKT pada hari ini bukanlah hendak mengimbau kembali sejarah beliau cuma MKT hendak mengungkit satu ungkapan ayat beliau kepada kepimpinan PAS sehingga menyebabkan beliau dipecat.

Beliau dalam memonya kepada pucuk kepimpinan PAS bertarikh 16hb April 1985 menegur pucuk kepimpinan PAS pada ketika itu kerana mereka telah lupa kepada jasa-jasa UMNO yang pernah memberi nikmat sewaktu Kerajaan Campuran antara tahun 1974-1977.

Menurut beliau " Pada masa di dalam Barisan Nasional pada tahun 1974-1977 dulu, ramai orang PAS terutamanya mereka yang bertuah mendapat pangkat, gelaran dan nikmat serta pelbagai kemudahan hidup, memuji ketua-ketua UMNO. Akan tetapi apabila PAS keluar daripada BN, mereka mula memaki hamun dan tidak segan silu berpura-pura seperti kacang lupakan kulit"

Tambahnya lagi " Sikap orang-orang PAS adalah diumpamakan seperti tidak mengenang budi dan berbudi rendah dan tidak layak bagi orang yang mengakui sebagai ulama yang memimpin ummah Islamiah.

Disini jelaslah sudah mengapa PAS pada masa sekarang WAJIB ditolak mentah-mentah oleh rakyat yang mendaulatkan Islam. Ini adalah kerana teguran daripada salah seorang pemimpin mereka, pun mereka tolak mentah-mentah dan bertindak memecatnya.

Sedangkan teguran itu membawa kepada kearah kebaikan dan penyatuan antara ummah Islam.

Renung-renungkanlah....

0 ulasan:

Post a Comment

 
© Copyright 2010-2011 Melayu Kedah Terakhir All Rights Reserved.
Template Design by Herdiansyah Hamzah | Published by Borneo Templates | Powered by Blogger.com.