.

.

Pages

PATUTLAH JALANRAYA DI KEDAH BERLOBANG-LOBANG

Wednesday, October 17, 2012

Hiasan
Selama ini kita (termasuk MKT) berasa hairan mengapakah jalanraya di Kedah terutamanya jalanraya milik Kerajaan Negeri agak teruk dan kurang penyelenggaraannya. Padahal mengikut perjanjian antara Kerajaan Persekutuan dan pihak Kerajaan Negeri yang sudah lama termaktub menyatakan bahawa Kerajaan Persekutuan akan menyediakan peruntukkan untuk menyelenggara setiap jalanraya di negeri dibawah naungan Kerajaan Persekutuan.

Dan selama ini tanggungjawab Kerajaan Persekutuan tidak pernah mungkir...

Hiasan
Tetapi yang menjadi persoalannya mengapa setiap peruntukkan yang diberikan tidak pernah sampai sepenuhnya kepada pihak yang ditugaskan melaksanakan amanah rakyat? Jadi hasilnya, lihat sahaja apa yang sudah terjadi di kebanyakkan jalanraya Negeri. Berlubang-lubang, pecah disana sini bagaikan tiada penyelenggaraan telah dilakukan oleh pihak jabatan yang bertanggungjawab iaitu Jabatan Kerjaraya.

Rupa-rupanya peruntukkan tersebut sudah digunakan untuk kegunaan yang lain atau sudah hilang kedalam poket seseorang?

FAKTA!!(klik utk besarkannya)
Jika mengikut maklumat yg MKT terima, kehilangan wang peruntukkan tersebut bukanlah satu jumlah yang sedikit tetapi merangkumi jutaan RM telah hilang tanpa dapat dikesan.

Walaupun mengikut data diatas "kononnya" benar tetapi ianya adalah jumlah diatas kertas sahaja dan boleh diubahsuai mengikut kehendak seseorang demi untuk menyembunyikan fakta bahawa mereka juga adalah manusia biasa yang tidak lari dari bayangan nafsu serakah.

Ini menunjukkan Pak Lebai juga tidak lari daripada 'gelap mata' bila berhadapan dengan duit yang banyak...

3 ulasan:

Anonymous said...

penang pun sama tgk je jln ke batu feringhi asal kona ada je lubang

Anonymous said...

kat johor dgn pahang pun banyak jalan berlobang2..sampai berkurun lama hinggakan ada yg kemalangan jiwa disebabkannya

Anonymous said...

Jangan buat crita yg kurang baik disebabkan hendak menagih undi terdesak drpd rakyat. Di Johor dan Pahang memang ada jalan2 yg berlobang2 tetapi semuanya di kawasan yg jauh dan kurang penting drpd kawasan utama. Peruntukkan Negeri sudah pun diturunkan ke daerah2 tetapi yg belum laksanakan lagi tu adalah salah pegawai2 di daerah.
Mslhnya di Kedah ini, peruntukkan sdh pun diturunkan tetapi Kerajaan negeri telah ambil secara diam2. RM140 juta diberikan tetapi hnya 84 juta sahaja yg pihak JKR daerah dpt.
Itu yg dipersoalkan...

Post a Comment

 
© Copyright 2010-2011 Melayu Kedah Terakhir All Rights Reserved.
Template Design by Herdiansyah Hamzah | Published by Borneo Templates | Powered by Blogger.com.