.

.

Pages

IBARAT LEMBU PUNYA SUSU TAPI BABI YANG MENDAPAT NAMA

Tuesday, October 16, 2012


Aduhai.... MKt terasa hendak gelak pun ada, hendak menangis pun ada, hendak marah pun ada bila mendengar ceramah Isu-isu Semasa Pakatan Rakyat anjuran PKR Langkawi di tapak Bazar Ramadhan semalam. Bukan apa, ceramah yang disampaikan itu agak tersasar daripada jangkaan MKT sendiri.

MKT ingatkan ceramah tersebut akan dipenuhi dengan janji-janji pelbagai perkara untuk kebaikan warga Langkawi tetapi nampaknya ianya seperti menunggu bulan agar jatuh ke riba.

Ada empat orang penceramah dan diantaranya bekas penyanyi pop iaitu Ketua Srikandi PR "Ustazah Segera" Aishah dan beberapa pemimpin tempatan PR.

MKT hendak menyentuh mengenai ceramah seorang sahaja iaitu YDP PAS Langkawi, En. Zubir bin Ahmad yang menyatakan pihak Kerajaan PAS Kedah juga turut merangka projek 'blueprint' Langkawi yang bernilai RM3 billion. Wow!! 

Alahai.... MKT difahamkan yang pihak Kerajaan Persekutuan melalui LADA (Lembaga Pembangunan Langkawi) telahpun merangka dan sudah pun melaksanakan segala yang dirancangkan didalam Blueprint yang bernilai sebanyak 470 juta. mengapa pihak Kerajaan PAS Kedah begitu rendah mentalitinya sehingga sanggup menciplak projek dan perancangan orang lain?

Selepas itu, akan didakwa dan memukul canang ke seluruh negara bahawa segala pembangunan yang telah dilaksanakan itu adalah hasil daripada pihak Kerajaan PAS Kedah. Ibarat lembu punya susu tetapi babi yang mendapat namanya....

Nasihat MKT kepada pucuk kepimpinan PAS Langkawi agar jangan berdusta bila memberi ceramah dan penerangan kepada orang. Mana la hangpa nak cekau RM3billion tu? Sedangkan kos KUIN yang jauh lebih rendah dari itupun tergapai-gapai hendak menyelesaikannya sehingga tergadai institusi itu ke tangan orang asing. Logik ker?


Lagi satu, daripada pihak Kerajaan PAS Kedah berangan-angan hendak melaksanakan blueprint ciptaan mereka tu, MKT berbesar hati memohon agar sempurnakanlah dahulu projek Maahad Sains Tahfiz di Pulau Tuba. Kerana itu lebih ideal kepada kepimpinan PAS sebab PAS melambangkan Islam.


Ini tidak, lebih tinggi lalang daripada angan-angan...

0 ulasan:

Post a Comment

 
© Copyright 2010-2011 Melayu Kedah Terakhir All Rights Reserved.
Template Design by Herdiansyah Hamzah | Published by Borneo Templates | Powered by Blogger.com.