.

.

Pages

WARKAH DARI RAKYAT UNTUK UMNO

Monday, October 8, 2012


Pada kali ini MKT ingin berkongsi satu warkah daripada pembaca blog MKT yang meluahkan perasaannya melalui e-mail MKT mengenai UMNO. 

Sebagai rakyat biasa berbangsa Melayu yang tidak mahu melihat negaranya tergadai. Tidak mahu melihat anak bangsanya berpecah belah dan tidak mahu melihat negara ini diperintah oleh bangsa asing. Maka dengan ini saya, Muhammad Sulaiman Ismail menggunakan ruangan blogger Melayu Kedah Terakhir untuk merayu dan menyeru agar ahli-ahli dan para penyokong UMNO berikan tumpuan kepada perkara yang saya ingin luahkan.

Marilah bersatu wahai bangsa Melayu didalam UMNO....Lupakan seketika dendam kesumat akibat hendak memegang tampuk kekuasaan.

Lupakan sebentar DAP, lupakan lah sebentar PKR dan lupakan sebentar PAS..... Lupakan kegilaan mereka ingin ke Putrajaya dan menjadi Perdana Menteri Malaysia.

Bukalah minda kamu semua, apakah berbaloi disebabkan dendam terhadap seorang pemimpin diperingkat bahagian ataupun daerah maka satu negara WAJIB dijual dan tergadai?

Mahukah kamu sebagai ahli-ahli, para penyokong UMNO melihat Perdana Menteri buat pertama kalinya di lantik dari kalangan bangsa lain? Mahukah kita sebagai anak2 muda berbangsa Melayu membiarkan Perdana Menteri Malaysia adalah Chua Soi Lek? Ataupun M. Kayveas?

Ini tidak mustahil jika MCA, MIC ataupun parti komponen didalam Barisan Nasional mendapat kerusi yang lebih banyak daripada UMNO sendiri.

Memang Barisan Nasional akan menang tetapi tiada guna juga jika ianya menang tetapi UMNO kalah teruk akibat tindakan sabotaj daripada kalangan ahli-ahli dan para penyokongnya sendiri.

Jadikanlah Pilihanraya 2008 dahulu sebagai dalil dan teladan. Dimana kekuasaan bangsa Melayu ibarat telur dihujung tanduk sehingga sekarang.

Akibat daripada tindakan sabotaj, bangsa Melayu menghadapi situasi yang perit untuk ditelan. Lihat sahaja bagaimana agama dipermain-mainkan sewenang-wenangnya. Lihat bagaimana kemegahan Jalur Gemilang dipersendakan.

Apa tindakan yang mampu kita lakukan selain daripada berdemonstrasi? Kita tidak mampu hatta menjentik sekalipun.

Akhir kata, saya sekali lagi menyeru agar buangkan sikap untuk mensabotaj UMNO kerana kesannya amat teruk kelak kepada agama, bangsa dan negara kita.

Yang benar, 

(Muhammad Sulaiman Ismail)

MKT berasa kagum akan penulisan ini dan mengucapkan ribuan terima kasih atas keperihatinan yang ditunjukkan terhadap nasib anak bangsa jika UMNO kecundang pada Pilihanraya kali ini.

Moga-moga warkah ini dapat memberikan kita satu perangsang dan menyuntik semangat agar JANGAN SABOTAJ SIAPA PUN CALON YANG TELAH DIPILIH.

0 ulasan:

Post a Comment

 
© Copyright 2010-2011 Melayu Kedah Terakhir All Rights Reserved.
Template Design by Herdiansyah Hamzah | Published by Borneo Templates | Powered by Blogger.com.