.

.

Pages

DARI LANGKAWI...SUARA HALUS DARI PULAU TUBA

Sunday, August 12, 2012


Sudah lama masalah ini tidak dapat diselesaikan. Sudah lama orang-orang di pulau ini mengharapkan. Dari satu pemerintah ke satu lagi pemerintah tetapi hasilnya ibarat tiada. Rungutan demi rungutan kedengaran dan ianya hanyalah suara-suara halus para penduduk. Kepimpinan di bahagian pulau nampaknya masih belum lagi mampu menyuarakan hasrat penduduk kepada pihak yang mampu mengubah keadaan.

GENERATOR YANG MENJADI PERMASALAHAN SELAMA 30 TAHUN
Itulah senario yang berlaku di Pulau Tuba. Selama lebih dari 30 tahun, malam mereka dicemari oleh bunyi bising yang terhambur dari janakuasa TNB. Mungkin ada di antara penduduk yang sudahpun lali dengan bunyi tersebut dan yang pastinya ramai pula yang sudah mula bersuara mengkritik biarpun secara perlahan-lahan.

ANTARA SISTEM SOLAR HIBRID YANG BOLEH DIKETENGAHKAN
MKT sudah suarakan satu usul melalui blog MKT berkenaan kegagalan Kerajaan PAS Kedah sekarang yang gagal menghidu peluang untuk merapatkan keyakinan orang-orang Pulau Tuba dengan membuat satu pertemuan dengan pihak TNB agar dapat membina satu sistem iaitu SOLAR HIBRID di pulau tersebut. (linknya disini) MKT juga telah bertemu dengan orang-orang tertentu didalam Kerajaan PAS Kedah tapi nampaknya usul MKT telah dipandang sepi oleh pihak Kerajaan Negeri.

ANTARA RUNGUTAN PENDUDUK DAN HASUTAN OLEH
ORANG YANG TIDAK BERTANGGUNGJAWAB
Tetapi MKT belum lagi bertemu dengan pihak daripada Kerajaan dahulu iaitu UMNO/BN. Mungkin juga rungutan orang-orang di Pulau Tuba ini dapat didengari setelah sekian lama orang-orang Pulau Tuba memberikan sokongan yang tidak berbelah bagi kepada UMNO/BN.

Bukan apa, MKT cuma risaukan satu sahaja. Kelak akan ada penghasut-penghasut dari mana-mana agensi akan mula membuat onar, menyebarkan fitnah dan lain-lain perkara negatif demi untuk berkuasa dan memancing undi. Akhirnya yang rugi adalah pihak UMNO juga.

Kepada wakil rakyat UMNO/BN Langkawi terutamanya di kawasan DUN Kuah, cubalah rebut peluang ini. Usah beri jalan kepada kepimpinan Negeri menghidu suara-suara halus di Pulau Tuba. 

Jika ikut saranan PM, setiap wakil rakyat BN perlu menjadi wira rakyat. Maka, laksanakanlah tanggungjawab yang diamanahkan agar menjadi wira yang sebenar-benarnya.

9 ulasan:

Anonymous said...

napa masa kerajaan negeri dibawah PR yg xsampai 5 thn memerintah MKT da sibuk2 timbulkan isu bekalan kuasa pulau Tuba? kenapa tidak semasa pemerintahan UMNO yg dah terlalu lama melebihi 50 thn memerintah?

Ibnu Dahlan said...

Mudah...ini adalah kerana MKT mana layak nk ngundi pd masa tu... Skrg ni dh layak maka MKT akn mempertikaikan kerana Kerajaan PR Kedah kononnya nk wajudkan negara berkebajikan. Nah!!...sekarang sudah tiba waktunya mengapa diamkan pula dan berpeluk tubuh sahaja?

art aszahar said...

Berat mata memandang,petah mulut mencanang,tajam akal berbincang hakikatnya kami penduduk pulau tuba yg menanggungnya.bingkisan mk t sangat adil buat kami.jutaan terima kasih diucapkan.semoga ini adalah 1 permulaan.wahai pembesas2 negara yg dibekalkan kuasa..tempiaskanlah saki baki belanjawan negara kepada kami yg daif ni..apa pn sgketa perebutan kuasa politik tujuannya utk d persembahkan kepada rakyat..art aszahar

PutraRocker said...

sabah sarawak yg majoriti BN pn xdpt bekalan asas yg ckp

RK said...

Pihak TNB dan ADUN Kuah ..pernah cakap kalau nak sambung bawah laut kos sudah meningkat dari masa kesemasa ,jadi depa tak buat la .. kalau macam tu tiap2 tahun kos memang meningkat dan tak boleh nak buat la .. jadi tak dak keputusan la .. jadi sapa tolong kita tolong balik .

DEEN CHANNEL said...

ye lah.. mkt x leh mengundi masa tu.. penduduk tuba ramai yg blh mgundi masa tu.. nak wujudkn negara kebajikan.. bg la memerintah negara .. baru dapat gubal usul d parlimen... jgn pertikai yg bru memerintah 5 tahun... sedang kan kabel bawah dasar laut ni dah dirancang oleh kerajaan terdahulu lagi... yg dh berpuluh tahun memerintah... yg memerintah negara.. x buat pn.. knpa nak bangkit hal ni skrg? dan utk penduduk pulau tuba.. apa yg ada sekarang ni adalah sama dari kerajaan terdahulu.. satu lagi.. knapa namakan 'hasutan dari pihak yg x bertanggungjawab' dlm photo di atas.. apa salah dia komen mcm tu?

Ibnu Dahlan said...

Putra Rockers : MKT memperjuangkan hak warga Langkawi dan berkenaan Sabah dan Sarawak tu, biarlah org sana yg memperjuangkannya. Itu hak masing2 dan cara masing2.
RK : Berkemgknan kos utk kabel dibwh laut ni akan meningkat dari masa ke semasa dan disebabkan itu MKT syorkan penggunaan Solar Hibrid. X cuba, mana kita taw, betul x?
mfspecialist : Ini disebabkan ada segelintir pemimpin pd PRU yg lepas telah dtg ke Pulau Tuba dan menjanjikan akan wat projek kabel tu jk memerintah. Jk kerajaan sebelum ni x mampu, maka MKT minta pula kpd Kerajaan skrg kerana MKT berpegang pd janji mrk pd PRU yg lepas. Tp nmpk gayanya, Kerajaan sedia ada pn x boleh juga. Sekadar bijak menabur janji2 sahaja. Yg seronoknya, janji yg lalu pn x termampu nk laksanakan janji lalu yg telah diperbahrui pula? Sb tu MKT buka peluang ini kepada parti2 politik yg dok ada agar merebut tunaikan janji kpd warga Pulau Tuba.

Mohammad Iskandar said...

Sebenarnya apa yang ada sekarang tak sama dengan yang dulu.. kalau dulu kami selalu terputus bekalan elektrik namun kini telah dinaik tarafkan sehingga boleh menanpung dua buah pulau iaitu Pulau dayang bunting dan pulau tuba... namun yang menjadi permasaalahanya sekarang adalah pencemaran bunyi... rumah saya betul2 di hadapan GENERATOR... bila mana GENERATOR di hidupkan bagi mengantikan generator yang lain.. kepulan asap hitam akan keluar.. ikut nasib.. kalau angin ke arah lain selamat la.. kalau angin ke arah rumah merasa la... Sekian...

Ibnu Dahlan said...

MKT faham dan sebab itu MKT syorkn penggunaan Solar Hibrid ni. Dh bg alasan kabel bwh laut mahal dan memerlukan kos penyelenggaraan yg agak tinggi. Sabarlah...mudah2an usul ni, akan dpt didengari oleh pihak yg berkuasa

Post a Comment

 
© Copyright 2010-2011 Melayu Kedah Terakhir All Rights Reserved.
Template Design by Herdiansyah Hamzah | Published by Borneo Templates | Powered by Blogger.com.