.

.

Pages

NIK AZIZ AKAN DI'CHECKMATE'KAN OLEH KARPAL...

Tuesday, August 14, 2012


Bayangkan betapa hinanya ahli-ahli dan para penyokong PAS di mata Karpal Singh ini. Sanggup pula memperlekehkan kewibawaan integriti ahli-ahli akademik didalam parti PAS dengan meminta agar Tun Salleh Abas menerangkan kembali isu negara Islam dan mengapa hudud tidak boleh dilaksanakan didalam negara ini.

MKT pun teringin juga hendak lihat bagaimana ahli-ahli dan penyokong PAS hendak melatah. Terutamanya dengan Mursyidul Am PAS. Adakah beliau akan melatah lagi ataupun akur dengan keputusan Karpal dan akhirnya akan diam seribu bahasa.


Nampak sangat PAS tidak akan mampu melawan kata-kata Karpal yang nyata lebih syumul daripada Mursyidul Am PAS sendiri.

Georgetown: Bekas Ketua Hakim Negara, Tun Salleh Abas diminta memberikan ‘kuliah’ kepada pemimpin PAS mengenai isu negara Islam dan menjelaskan kepada mereka mengapa hukum hudud tidak boleh dilaksanakan di negara ini.


Pengerusi DAP, Karpal Singh, berkata Salleh sepatutnya memberikan penerangan itu kerana dia adalah individu yang mengeluarkan keputusan bersejarah pada 1988 bahawa Malaysia negara sekular. 

Katanya, perisytiharan Malaysia negara sekular oleh barisan lima hakim yang diketuai Salleh itu memutuskan negara ini ditadbir undang-undang sekular. 

Saya harap demi kepentingan Pakatan Rakyat, pemimpin PAS berhenti daripada mengeluarkan kenyataan mengenai isu ini. Saya hanya memberi maklum balas ke atas kenyataan mereka”. - Karpal Singh, Pengerusi DAP

“Ia jelas undang-undang sekular dan bukan undang-undang Islam diguna pakai di Malaysia. Kontroversi antara PAS dan DAP mengenai isu negara Islam sudah berlanjutan terlalu lama.

Harap PAS henti keluar kenyataan

“Saya harap demi kepentingan Pakatan Rakyat, pemimpin PAS berhenti daripada mengeluarkan kenyataan mengenai isu ini. Saya hanya memberi maklum balas ke atas kenyataan mereka. Apa yang mereka perkatakan tidak boleh dibiarkan tanpa sebarang jawapan,” katanya, semalam.

Karpal berkata, dia kesal kerana isu negara Islam dibangkitkan ketika ini dengan PAS terus mendakwa akan terus memperjuangkan agenda berkenaan. Katanya, kenyataan itu terus dikeluarkan walaupun Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sudah menyatakan PAS tidak lagi memperjuangkan negara Islam, sebaliknya negara berkebajikan.

“Pendirian yang diambil PAS bukan saja tidak mematuhi Perlembagaan, tetapi juga melanggar keputusan Mahkamah Agung yang diputuskan Salleh, yang kini ahli PAS,” katanya.- BH

0 ulasan:

Post a Comment

 
© Copyright 2010-2011 Melayu Kedah Terakhir All Rights Reserved.
Template Design by Herdiansyah Hamzah | Published by Borneo Templates | Powered by Blogger.com.