Tiba-tiba teringat pula MKT kepada beruk-beruk yang berhimpun di hadapan Dataran Merdeka tempohari yang kononnya hendak memaksa Kerajaan agar memansuhkan PTPTN dengan alasan untuk menjadi wira kepada pelajar-pelajar Universiti.
Tetapi agak pelik pula apabila wira-wira beruk ini tidak pula hendak membuat demonstrasi mempertahankan pelajar-pelajar UniSEL yang akan membantutkan peluang melanjutkan pelajaran disebabkan masalah asrama di UniSEL dan ini akan menyebabkan pelajar-pelajar tersebut terpaksa mengeluarkan kos tambahan demi untuk mendambakan ilmu.
Sudah diberi kemudahan, ada pula yang membangkang. Sekarang bila tidak diberi kemudahan, mengapa tiada pula yang teringin hendak membangkang? Adakah ini disebabkan UniSEL dinaungi oleh Kerajaan Negeri yang diterajui oleh PKR?
Cuba kejadian ini berlaku sewaktu UMNO/BN yang memegang tampuk Kerajaan Negeri, sudah pastinya satu dunia akan dicanang keburukkannya.
Inilah akibatnya apabila ada pihak yang kononnya memperjuangkan bukan atas nama KEIKHLASAN tetapi atas nama POLITIK SEMPIT. yang menjadi mangsanya adalah pelajar-pelajar yang terdiri daripada golongan bangsa Melayu juga.
KUALA SELANGOR - Lebih 1,000 penuntut Universiti Selangor (Unisel) berhadapan masalah mendapatkan tempat tinggal berikutan pengurusan kolej kediaman institusi itu didakwa enggan membenarkan mereka menduduki asrama masing-masing selepas mereka mendaftar masuk hari ini.
Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Unisel, Mohd Jeffri Abu Hassan berkata pihaknya tidak dimaklumkan mengenai perkara itu secara rasmi oleh pengurusan Unisel dan hanya mendapat tahu secara lisan daripada beberapa pihak berkaitan.
"Perkara ini tidak diisytiharkan, apa yang kami tahu asrama tidak dibuka kerana pekerja (yang mengendalikan urusan asrama) tidak mendapat gaji oleh sebab itu mereka tidak datang bekerja... ketua mereka turut bercuti sejak Jumaat lalu tanpa meninggalkan apa-apa notis pemberitahuan berhubung perkara ini," katanya kepada pemberita di sini.
Beliau berkata, penuntut yang tidak dapat memasuki kolej kediaman terdiri daripada pelajar semester kedua hingga tahun akhir.
"Penuntut tahun satu dan penuntut baru telah mendapat kunci dan boleh tinggal di asrama masing-masing kerana mereka telah mendaftar awal iaitu pada seminggu yang lepas...pada waktu itu pejabat operasi asrama masih lagi dibuka," katanya.
Beliau berkata, bagi menangani masalah itu pihak MPP dengan kerjasama Badan Kebajikan Hal Ehwal Pelajar telah menyediakan asrama sementara bagi membantu penuntut yang tidak mempunyai tempat tinggal.
Dua beradik Nurini Anwar, 20, dan Nurhaya, 18, menyifatkan masalah itu sebagai satu beban kepada penuntut.
"Saya dan adik datang dari kampung untuk menyambung pengajian di sini dan apabila perkara ini berlaku, kami kecewa... pagi tadi apabila sampai dari kampung kami diberitahu oleh pihak (pengurusan) kolej tidak boleh masuk ke asrama sebab tidak ada kunci... itu sahaja alasan yang diberikan," katanya yang berasal dari Kota Kinabalu, Sabah.
Dalam laporan akhbar sebelum ini, Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor, Datuk Seri Noh Omar mendakwa Unisel berhutang hampir RM15 juta dengan Syarikat Jana Niaga Sdn Bhd (JNSB) yang bertanggungjawab membangun dan menguruskan kediaman penuntut di kampus induk universiti itu di Bestari Jaya, Kuala Selangor.
Hutang itu termasuk tunggakan bayaran melibatkan kos penyelenggaran di kampus induk dan operasi asrama universiti milik penuh kerajaan negeri Selangor itu.
Selain berhadapan dengan masalah penginapan, penuntut juga terpaksa menanggung beban kewangan apabila Unisel didakwa membuat potongan wang dari Pinjaman Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) mereka, melebihi dari jumlah yang sepatutnya.
Mengulas lanjut mengenainya, Mohd Jeffri mendakwa pelajar mengadu bahawa baki wang pinjaman PTPTN yang diterima mereka pada Sabtu lepas jauh berkurangan.
"Bagi penuntut yang mengambil Ijazah Sarjana Muda, mereka akan memperolehi wang pinjaman dari PTPTN minimum sebanyak RM8,000 untuk setiap semester manakala bagi pelajar diploma, mereka akan menerima RM4,000...separuh daripada jumlah itu pula akan ditolak untuk membayar yuran pengajian...namun apa yang menyedihkan ada penuntut mengadu kepada saya yang mereka menerima baki wang pinjaman hanya berjumlah kira-kira RM1,000.
"Kami sebagai penuntut ingin tahu ke mana perginya wang kami...dan kenapa kami tidak diberitahu mengenainya dan apa sebab Unisel melakukan tindakan sedemikian," kata Mohd Jeffri. - Bernama
MKT AMBIL DARIPADA AKHBAR SINAR. JIKA MKT AMBIL DARIPADA UTUSAN, AKAN DITUDUH FITNAH PULAK, YE TAK?
2 ulasan:
Ado seko anok tupa suka buat demo. Tengok muka supa monyet, tido atah jale. Adooo seko lagi suka buat cerito, kutuk pendana menteri suka hati sajo. Suruh gii ngaji, banyok tipu heloh, suroh bayar hute saloh ko ore pulok!.
Dengar kabau nya pi menuntut ilmu demo kat indonesia. Tak tau la betol ke idak.
Post a Comment