Pages

Tuesday, August 21, 2012

DARI LANGKAWI... KERAJAAN PAS KEDAH DOK LENA LAGI KA?


Pada artikel MKT yang lalu, artikel ini MKT telah cuba untuk mendapat perhatian daripada pihak atasan dari Kerajaan Negeri mahupun dari ADUN berkenaan permasalahan penduduk Pulau Tuba mengenai pencemaran bunyi yang datang daripada janakuasa TNB dan juga mengenai isu kabel bawah laut (submarine cable).

Sayangnya pihak Kerajaan Negeri tidak memberi respons terhadap isu ini. Yang memberi respons adalah daripada ADUN Kuah yang mewakili Kerajaan Pusat.



Akhirnya jawapan kepada suara-suara halus di Pulau Tuba telahpun MKT cuba untuk mencari jalan penyelesaiannya. Tindakan pihak yang tidak bertanggungjawab menyebar dakyah-dakyah palsu demi untuk memburukkan nama Kerajaan telahpun dijawab dan ditempelak oleh video penerangan Ketua UMNO Bahagian Langkawi.

Rupa-rupanya isu ini tiada tindakan susulan daripada Kerajaan Negeri yang ditadbir oleh Pakatan Rakyat. Hanya wakil daripada Kerajaan Pusat sahaja yang mengambil berat akan nasib penduduk-penduduk Pulau Tuba.

MKT tidaklah mahu menulis panjang. Cukup dengan hanya mendengar penerangan selama 12 minit daripada YB Dato' Ir. Hj. Nawawi bin Ahmad yang akan menjelaskan secara terperinci jawapan tentang isu ini.


Seperti yang Dato Nawawi sudah jelaskan bahawa perkara ini akan dibawa ke Bajet 2013 dan ianya bukan hanyalah cakap-cakap kosong semata-mata seperti sesetengah pihak. Pihak Kerajaan berjanji dan usahakan sebaik mungkin untuk tunaikan janji tersebut. 

Walaupun begitu, beliau juga sudah ada 4 jalan penyelesaian jika Bajet tersebut tidak diluluskan. Bukan sekadar hanya mendengara sahaja masalah penduduk malahan sudahpun memikirkan pelan tindakan selanjutnya jika pelan utama tidak dapat dijalankan.

Itu cara sebenar wakil-wakil rakyat Barisan Nasional. Bukan seperti wakil rakyat yang lain yang hanya pandai berjanji kemudian bila gagal, tuding jari kepada orang lain. 

Maka dengan itu, kita sama-sama berdoa dan berharap agar perkara ini tidak akan ada aral yang akan melintanginya lagi seperti tahun yang sudah-sudah.

No comments:

Post a Comment