Masih lagi di dalam suasana hari raya di kebanyakkan kawasan di Malaysia. Masih banyak lagi gerai-gerai Melayu yang di dalam mood bercuti. Apa-apa pun MKT ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, sekali lagi kepada pengunjung laman blog Melayu Kedah Terakhir.
Hari ini MKT ingin mengajak para pembaca berfikir sejenak mengenai kesatuan Islam. Bukan didalam negara tetapi di dunia Islam.
Tarekat Naqsabandiyah |
Kadang-kadang kita terfikir (mungkin tidak) mengapa umat Islam asyik dilanda dengan pelbagai musibah. Samada peperangan, bala bencana alam mahupun perpecahan didalam kesatuan Islam itu sendiri. Pernahkah para pemimpin atasan mahupun ulama'-ulama' dunia terfikir akan permasalahan ini? Sudah tentunya mereka memikirkan bagaimana dan apakah jalan penyelesaiannya.
Apa yang MKT ingin lanjutkan adalah sikap sebilangan kecil umat Islam di Indonesia. Walaupun ianya adalah perkara kecil (bagi sesetengah orang) tetapi mempunyai impak yang besar didalam kesatuan umat Islam.
Kita ambil contoh mengenai sambutan Hari Raya yang telahpun diistiharkan diseluruh dunia Islam yang ditakwimkan jatuh pada hari Ahad, 19hb Ogos 2012. Seluruh umat Islam didunia menyambutnya pada tarikh tersebut melainkan Ahli Tareqat Naqsabandiyah dan Anfusiyah di Indonesia yang menyambutnya lebih awal. lihat di sini
Pertubuhan Islam kedua terbesar di Indonesia Muhammadiyah memutuskan hari pertama sambutan Ramadhan adalah pada 20 Julai manakala pertubuhan lain termasuk Nahdatul Ulama pula pada 21 Julai. Perkara inipun sudah ada perbezaan pendapat dan tidak dapat bersatu suara. Bolehkah kita harapkan kepada pertubuhan-pertubuhan sebegini untuk membela Islam?
MKT tidak pernah pula dengar sambutan Krismas diadakan pada 24hb ataupun 26hb Disember. Seluruh umat Kristian, Ortodoks ataupun Katolik akan tetap merayakan Hari Krismas pada 25hb Disember setiap tahun. Begitu juga dengan penganut agama Yahudi.
Mengapa harus terjadi begini kepada umat Islam? Mempunyai pengikut yang paling ramai tetapi dari segi kesatuan Islam, cukup menghibakan.
Jika perkara sekecil inipun umat Islam gagal bersatu, bagaimana pula dengan perihal yang besar-besar seperti pelaksanaan undang-undang Hudud?
Mampukah kita sebenarnya? Tepuk dada dan tanyalah iman masing-masing...
No comments:
Post a Comment