.

.

Pages

TIMBALAN SPR RUPA-RUPANYA AHLI PKR....PATUTLAH

Sunday, May 6, 2012



SEBELUM INI SAIFUDDIN NASUTION MENGEMBAR-GEMBURKAN BAHAWA TIMBALAN PENGERUSI SPR ADALAH AHLI UMNO. SIAP DENGAN NOMBOR AHLI DAN DARI CAWANGAN UMNO YANG MANA SATU. 

HEBAT..SEMEMANGNYA HEBAT DATUK SAIFUDDIN INI BERBOHONG DEMI HENDAK MENGALIH ISU.


BAGAIMANA PULA NADANYA JIKA TIMBALAN ATAUPUN PENGERUSI SPR ADALAH AHLI KEPADA SALAH SATU PARTI PAKATAN RAKYAT. ADAKAH NADANYA SERUPA DENGAN NADA PADA HARI INI? 

SUDAH TENTUNYA TIDAK...PERHIMPUNAN BERSIH PUN TIDAK AKAN BERLAKU HATTA DIDALAM MIMPI SEKALIPUN.

SHAH ALAM - Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar menafikan beliau ahli UMNO sebagaimana dakwaan Setiausaha Agong PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail.

Menurutnya,beliau tidak pernah mendaftar untuk jadi ahli UMNO dan tidak pernah mengenali serta tidak mempunyai kaitan dengan individu bernama Wan Ahmad bin Wan Omar yang memegang keahlian UMNO bernombor 2374564 di Cawangan UMNO Kubang Bunggor, Pasir Mas, Kelantan.

“Saya juga bukan orang Kelantan tetapi berasal dari Terengganu. Saya tidak pernah tinggal di mana-mana tempat di negeri Kelantan,” tegasnya.

Sehubungan itu, kata Wan Ahmad, beliau mengesyaki dakwaan Saifuddin itu semata-mata bertujuan menjatuhkan kredibiliti dirinya serta SPR.

“Dia buat tuduhan tanpa usul periksa dan semata-mata bermotif politik sehingga menjatuhkan maruah saya. Ini fitnah. Dia semata-mata mahu merosakkan kredibiliti SPR sebagai sebuah badan bebas dan berkecuali bawah Perkara 114 Perlembagaan Persekutuan,” katanya.

Berikutan itu, Wan Ahmad menuntut Saifuddin membuat kenyataan memohon maaf secara terbuka bagi membersihkan namanya.

Ditanya apa yang akan dilakukan jika Ahli Parlimen Machang itu enggan berbuat demikian, beliau berkata: "Saya tunggu dia minta maaf dulu. Jika dia nak bersemuka, saya sedia."

Dalam satu kenyataan media baru-baru ini. Saifuddin mendakwa Wan Ahmad dan Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof adalah ahli UMNO.

KREDIT : BLOGGER INI

1 ulasan:

Anonymous said...

Mereka inilah yang buat kerja untuk untuk jatuhkan kerajaan. Merekalah yang membantu DAP, PKR dan PAS pindahkan pengundi ke kawasan yang agak mereka boleh menang. Sungguh tak bertanggungjawab dan makan gaji secara haram.

Post a Comment

 
© Copyright 2010-2011 Melayu Kedah Terakhir All Rights Reserved.
Template Design by Herdiansyah Hamzah | Published by Borneo Templates | Powered by Blogger.com.