HAII...SEWA RUMAH PUN TAK BOLEH HENDAK BAYAR, ADA HATI NAK TAWAN NEGARA. MKT FAHAM LA YANG BARU-BARU NI ADA MASUK HOSPITAL DI ALOR SETAR PASAL DARAH NAIK TAPI SELEPAS INI PUN RASANYA CIK WAN SALLEH NI KENA SAMBUNG PULAK DI HOSPITAL LANGKAWI.
BUTA PERUT LA PUNYA ANWAR IBRAHIM, ANAK BUAH TENGAH SEMPIT MACAM NI PUN DAH TAK BOLEH NAK HANDLE. MACAMANA LA NAK HANDLE SATU NEGARA NANTI YA...
Berita ini mungkin sudah agak ketinggalan memandangkan kejadian berlaku pada 26 April lalu. Namun apabila ianya membabitkan seorang pemimpin parti politik yang ketika berkempen bukan main lagi menceritakan tentang kejujuran, ketelusan dan amanah yang perlu dipertanggungjawabkan kepada setiap orang pemimpin. Dan kononnya, pemimpin UMNO dan Barisan Nasional pun, tiada seorang pun yang dapat menandingi pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat.
Kalau dengar cerita daripada penyokong-penyokong Ketua PKR Kedah, Wan Salleh Wan Isa, maka yang menyita rumahnya dan memotong bekalan air serta elektrik adalah orang UMNO yang sakit hati dengannya. Kononnya, UMNO sudah terdesak serta sangat takut dengan kekuatan PKR serta pengaruh Wan Salleh Wan Isa yang sedang berkembang di Kedah, khususnya di Langkawi.
Namun hakikatnya, yang menyita rumahnya, yang memotong bekalan air dan elektrik ke rumah yang didiami oleh Wan Salleh Wan Isa adalah PEMILIK SEBENAR RUMAH berkenaan. Wan Salleh Wan Omar hanyalah penyewa di rumah tersebut. Bagaimanapun, sikap yang ditunjukkan oleh Wan Salleh Wan Isa tidak seperti seorang penyewa sebaliknya tidak ubah seperti seorang lanun yang kerjanya hanya ingin menyamun, merompak dan merampas hak orang lain.
Pemilik rumah berkenaan bernama Puan Rodhiah binti Abdul Rahman. Rumah yang digunakan oleh Wan Salleh Wan Isa untuk 'menyimpan' isteri keduanya dan seorang anaknya beralamat di Lot 31C, Taman Indah Fasa 3, Kuah, Langkawi. Tindakan menyita dan memotong bekalan elektrik serta air selain beberapa barangan berharga lain di rumah tersebut terpaksa dilakukan oleh Puan Rodhiah kerana kegagalan Wan Salleh mengikut terma perjanjian lisan berkaitaan sewaan bulanan selain pelbagai alasan serta kerenah yang dilakukan oleh Wan Salleh apabila tiba waktu pembayaran sewa bulanan berjumlah RM800.
Kerenah Wan Salleh membuatkan pemilik rumah itu berasa dia seperti seorang peminta sedekah. Masalah bermula dari Disember 2008 sehinggalah awal 2012.
Justeru, tindakan mengusir Wan Salleh dan keluarganya dari rumah itu terpaksa dilakukan berikutan tanggungan hutang bil elektrik sebanyak RM1693.87, bil air sebanyak RM277.45 selain sewa bulanan rumah yang langsung tidak dijelaskan oleh Wan Salleh.
Wan Salleh cuba mengungkit tentang ketiadaan sebarang surat perjanjian sekaligus menyebabkan tindakan yang dilakukan oleh tuan rumah dituduh sebagai keterlaluan. Tuan rumah sebaliknya mengingatkan Wan Salleh bahawa dia telah bertolak ansur walaupun sepatutnya sebelum memasuki rumah itu, Wan Salleh perlu membayar deposit dua bulan sewa tetapi dia hanya membayar RM800 sahaja.
Perjanjian bertulis pula tidak dibuat memandangkan Wan Salleh memberi jaminan dan tegaskan kepada pemilik bahawa DIA ADA NAMA dan tidak mungkin akan lari daripada membayar sewa bulanan.
Walaupun pelbagai rayuan, janji dan alasan diberikan oleh Wan Salleh dan isterinya, ternyata tuan rumah tidak dapat berlembut lagi. Wan Salleh dan keluarga keduanya itu tetap diminta keluar dari rumah tersebut. Campurtangan dan jaminan dari pihak ketiga melembutkan sedikit hati pemilik rumah. Puan Rodhiah akhirnya membenarkan Wan Salleh dan keluarga keduanya tinggal di rumah itu sehingga 28 April dengan jaminan, tiada sebarang kerosakan dilakukan ke atas rumah berkenaan.
Seandainya terdapat kerosakan atau mana-mana bahagian atau peralatan di rumah tersebut dipecahkan, maka tuan rumah berhak mengusir Wan Salleh dan keluarga keduanya itu secara serta-merta dan tanpa budi bicara.
Menariknya, walaupun gagal membayar sewa, gagal menjelaskan bil elektrik dan bil air, Wan Salleh masih lagi menganggap dia dan keluarga keduanya berhak tinggal di rumah tersebut selama tiga bulan lagi secara PERCUMA!!!
2 ulasan:
Assalamualaikum saudara,
ingin saya menjelaskan, bahawa semua yang ditulis berkaitan artikel diatas adalah salah sama sekali dan merupakan satu fitnah dan juga pembunuhan karaktor politik (political character assasination).
mungkin saudara tidak mengenali Dato' Hj Wan Salleh lagi sebagai mana yang saya kenali nya. Seperti mana yang saya ketahui, Wan Salleh adalah seorang yang bertanggungjawab dan berpegang teguh pada prinsip. Lihat sajalah bagaimana beliau memberi sumbangan kepada rakyat negeri Kedah darul Aman khususnya di daerah Langkawi. Kalau beliau bukan seorang yang jujur dan amanah, adakah sumbangan itu akan sampai kepada rakayat negeri Kedah terutama sekali Langkawi? LSudah tentu dia akan "songlap" atau "menggelapkan" duit itu jikalau beliau tidak jujur dan telus.
Saya seoramg yang sangat akrab dengan Wan Salleh. Ingin saya menjelaskan disini rentetan peristiwa cerita ini juga adalah tidak benar sama sekali. kronologi serta jalan cerita ini juga boleh dianggap "merapu".
Seperti mana yang dijelaskan oleh Wan Salleh kepada saya, rumah tersebut didiami oleh keluarganya pada tahun DISEMBER 2009 dan bukannya pada Disember 2008 seperti yang dilaporkan.
Tempoh sewa rumah tersebut adalah sehigga DISEMBER 2011 dan beliau ada meminta pada tuan rumah untuk melanjutkan kontrak beliau sehingga bulan MEI 2012. Tetapi setelah hanya disambung 3 bulan, tuan rumah datang menyita tanpa membuat sebarang laporan pois atau apa-apa notis yang menyatakan bahawa beliau mahu menyita rumah itu. Selain menyita, tuan rumah juga bertindak melampau dengan mengambil barangan peribadi milik isteri Wan Salleh dan ini juga merupakan satu kesalahan. Apa hak tuan rumah itu untuk mengambil barang peribadi milik isteri Wan Salleh?
Tentang soal deposit, bil elektrik dan air pula, Wan Salleh ada menjelaskan bahawa tuntutan deposit yang diminta adalah 2 bulan. Tetapi setelah rundingan dibuat, Puan Rodziah iaitu pemilik rumah tersebut bersetuju secara lisan untuk menerima deposit bagi 1 bulan sebanyak RM800.00 dan deposit elektrik tidak dikenakan. Tentang soal tunggakkan air dan elektrik, saya sendiri telah melihat salinan bil yang telah dibayar oleh Wan Salleh. Sejurus selepas kejadian kes ini, Wan Salleh terus membuat laporan polis dan memanggil rakannya dari caawangan khas (SB) untuk menghubungi pemilik rumah untuk mengambil semula deposit. Dan mereka berjumpa dan pemilik rumah itu akhirnya memulangkan deposit. Soalnya disini, adakah pemilik rumah itu akan memulangkan deposit sekiranya terdapat tunggakkan yang begitiu banyak?
Demi menegakkan perkara yang sahih, Wan Salleh telah melaporkan tentang berita ini kepada pihak polis. Demi maruah diri dan keluarga juga beliau akan mengambil teindakan undang-undang kepada individu yang tidak bertanggungjawab dalam menyebarkan fitnah ini serta pemilik rumah tersebut.
Hal ini telah dibawa kepada peguamnya iaitu N.Surendran yang juga merupakan Timbalan Presiden PKR. Wan Salleh juga ada memberitahu bahawa sekiranya pemilik rumah tersebut tidak mengemukakan maaf secara terbuka, beliau akan teruskan dengan saman di mahkamah demi mempertahankan maruah beliau dan keluarganya.
Yang pertama2nya MKT ucapkan terima kasih atas maklumat yg sedara berikan.
Yg keduanya MKT hnya menggunakan sumber dari blog org lain. MKT pn hnya mendapat maklumat yg cukup minima dan berpandukan semata2 maklumat dr blog yg tertulis di atas.
Post a Comment