APALAH SUDAH TERJADI KEPADA BENUA ARAB NI. SEPATUTNYA BENUA YANG MENJADI PUNCA KEBANGKITAN ISLAM MENJADI CONTOH KEPADA NEGARA-NEGARA ISLAM YANG LAIN TETAPI LAIN PULAK YANG JADINYA.
WALAUPUN MKT TIDAK MENAFIKAN DI NEGARA KITA PUN MASIH ADA PERMERDAGANGAN ORANG TETAPI YANG MKT TERKILAN SANGAT YANG MEMBUAT ONAR INI DATANGNYA DARI SEBUAH NEGARA YANG SATU DUNIA TAHU KEKAYAAN RAKYATNYA.
MUNGKIN IANYA ADALAH UJIAN DARI ALLAH, DIMANA PERNIAGAAN YANG DILAKUKAN OLEH LELAKI INI ADALAH MEMUNGUT HUTANG. SECARA TIDAK LANGSUNGNYA BELIAU TERLIBAT DALAM RIBA'.
YANG PASTINYA, TINDAKANNYA AMATLAH MEMALUKAN UMAT ISLAM KESELURUHANNYA.
RIYAHD: Seorang lelaki Arab Saudi cuba menjual anaknya di Facebook dengan harga AS$20 juta (RM60 juta) bagi mengelak untuk hidup dalam kemiskinan selepas perniagaan yang dijalankannya secara haram ditutup.
Saud bin Nasser Al Shahry mendakwa langkah itu adalah satu-satunya cara untuk membolehkannya terus menyara isteri dan anak perempuannya.
Menurutnya, dia bersedia ke mahkamah untuk menjual anaknya.
Saud bagaimanapun menetapkan satu syarat iaitu dia mahu tahu di bandar mana pembeli itu menetap.
Lelaki berkenaan mengambil keputusan itu selepas bertanya sama ada pihak berkuasa boleh membantunya dari segi kewangan apabila perniagaan memungut hutang yang dijalankannya ditutup, katanya kepada cawangan akhbar Qatar di Riyadh, Al-Sharq.
Permohonannya ditolak kerana usianya sudah melebihi 35 tahun.
Setakat ini tidak jelas sama ada tindakannya hanya gimik, atau jika benar, adakah beliau boleh menjual anaknya tanpa tindakan undang-undang.
Pemerdagangan manusia adalah satu kesalahan di Arab Saudi tetapi negara itu tidak memenuhi standard minimum antarabangsa, menurut Jabatan Negara Amerika Syarikat.
Dalam laporan terbaru yang dipetik dalam Venture Bear, jabatan itu berkata, Arab Saudi masih tidak mempunyai undang-undang pemerdagangan manusia secukupnya dan walaupun terdapat bukti kegiatan pemerdagangan yang berleluasa, negara itu tidak melaporkan sebarang pendakwaan jenayah, hukuman atau hukuman penjara untuk jenayah itu yang dilakukan terhadap pembantu rumah asing.
0 ulasan:
Post a Comment