.

.

Pages

NOT A POLITICS...ZARINA ANJOULIE BERCUMBU-CUMBUAN PULA?

Friday, May 4, 2012



WALAUPUN RAPAT SEKALIPUN, PERLUKAH HENDAK DIHEBOH-HEBOHKAN KEPADA UMUM? BUKAN APA, JIKA TERLALU KASIH SEKALIPUN ANTARA ABANG DAN ADIK, FITNAH BOLEH LAGI MENJALAR DENGAN BEBAS APABILA DILAKUKAN OLEH ORANG-ORANG  YANG TIDAK TAHU CERITANYA.


WALAUPUN PENJELASAN TELAH DIBUAT, RASANYA AGAK TERLAMBAT UNTUK MENEUTRALKAN SEGALA FITNAH YANG TELAH DISEBARKAN.

APA-APAPUN, TERPULANGLAH KEPADA INDIVIDU.

Selepas tersebarnya gambar yang mengundang kontroversi di laman Twitternya, pelakon seksi yang tidak lekang dengan kontroversi panas, Zarina Anjoulie tampil menjelaskan lelaki yang mencium dirinya dalam gambar itu adalah abang tirinya.

Dalam portal Murai.com, Zarina menafikan dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan lelaki itu adalah kekasih hatinya.

“Lelaki dalam foto itu bukanlah orang asing atau kekasih saya. Dia adalah abang tiri saya yang hanya berbeza ibu tetapi berkongsi ayah yang sama.

“Sebab itulah, orang melihat wajah dia tidak banyak persamaan dengan saya. Ini juga telah menyebabkan ramai yang membuat spekulasi bahawa dia kekasih saya,” kata Zarina.

Selain itu, Zarina menegaskan dirinya tidaklah terlalu bodoh untuk memuat naik gambar ‘mesra’ itu yang dirakam pada tahun lepas ke laman Twitternya dan sengaja mengundang pandangan negatif dari pelbagai pihak.

“Jika benar dia kekasih saya, saya tidak akan bersikap bodoh untuk memuat naik gambar ini ke dalam Twitter. Begitu juga dengan menjadikanya sebagai gambar profil untuk BlackBerry Messenger (BBM),” katanya.

Bagi Zarina, tiada apa yang perlu dikecohkan dengan gambar mesra antara dia dan abang tirinya kerana hubungan mereka berdua terlalu rapat dan sangat mesra.

“Saya dan abang tiri saya memang rapat. Kami memang selalu bercium dan berpelukan sayang seperti adik beradik lain.

“Bagi saya tidak salah jika bermesra dengan adik beradik sendiri.

 “Bila saya keluar dengan abang tiri, mesti orang cakap kami ini pasangan kekasih. Tetapi orang tak tahu, kami bermesra sama seperti adik-beradik yang lain.

“Apapun, saya tidak tertekan dengan gosip ini kerana bagi saya orang yang suka memperbesarkan perkara ini adalah orang yang tidak tahu kebenaran,” kata Zarina.

INILAH RUPA SANG PRIA YANG TELAH BERCUMBU-CUMBUAN DENGAN ZARINA ANJOULIE


0 ulasan:

Post a Comment

 
© Copyright 2010-2011 Melayu Kedah Terakhir All Rights Reserved.
Template Design by Herdiansyah Hamzah | Published by Borneo Templates | Powered by Blogger.com.