.

.

Pages

AKIDAH...BENARKAH RIBENA ITU HARAM?

Saturday, May 5, 2012



" Diriwayatkan drp Anas r.a bahawa rasulallah s.a.w telah melaknat sepuluh golongan yg terlibat dengan arak ,orang yg memerah arak,orang yg diminta arak diperah untuknya ,orang yg meminumnya ,orang yg membawanya ,orang yg meminta dibawa arak kepadanya ,orang yg memberi minum arak kepada orang lain ,orang yg menjual arak ,orang yg mendapat hasil drp arak ,orang yg membeli arak ,orang yg meminta dibelikan arak untuknya " 
riwayat Ibnu Majah dan Tarmizi

Maksud arak dr segi bahasa ialah diambil drp perkataan Al-HAMRU yg bererti menutupi. Dari segi istilah pula : Setiap minuman yg memabukkan hasil drp perahan anggur dll .

JIKA DITAFSIRKAN MAKSUD AYAT DIATAS, RIBENA JUGA TERGOLONG DALAM KUMPULAN ARAK JUGA. ALASANNYA KERANA IANYA TELAH DIPERAH. BEGITU JUYGA DENGAN CUKA. KERANA CUKA ASALNYA DARI BUAH ANGGUR YANG DIPERAH DAN DIBIARKAN SEHINGGA MENJADI MASAM.

TETAPI HAKIKATNYA TAFSIRAN TERSEBUT APABILA DITAFSIRKAN OLEH ORANG YANG "BERASA" DIRINYA SUDAH TINGGI ILMU AGAMANYA, MAKA SETIAP YANG DIPERAH DARI BUAH ANGGUR MAKA HUKUMNYA ADALAH HARAM.

MKT PUN BUKANLAH TINGGI SANGAT ILMU AGAMANYA TETAPI MKT TAHU JUGA SERBA SEDIKIT HUKUM HAKAM DI DALAM AGAMA.

Makanan atau minuman yang mengandungi alkohol secara semulajadi seperti buah-buahan, kekacang atau bijirin serta perahannya, atau alkohol yang terkandung itu terjadi secara sampingan semasa proses pembuatan makanan atau minuman adalah tidak najis dan harus (boleh ) dimakan/diminum.

Makanan atau minuman yang mengandungi bahan perisa atau pewarna yang mengandungi alkohol untuk tujuan penstabilan adalah harus (boleh) digunakan sekiranya alkohol itu bukan dihasilkan dari proses pembuatan arak dan kuantiti alkohol dalam produk akhir itu adalah tidak memabukkan dan kadar alkohol tidak melebihi 0.5%.

MKT MENGESYORKAN AGAR JIKA BERASA WAS-WAS, TINGGALKAN, TIDAK PERLU HENDAK BERHUJAH BERTEGANG LEHER SEDANGKAN PENDAPAT MENGENAINYA ADALAH BERBEZA.

MUDAH SAHAJA, KAN?




0 ulasan:

Post a Comment

 
© Copyright 2010-2011 Melayu Kedah Terakhir All Rights Reserved.
Template Design by Herdiansyah Hamzah | Published by Borneo Templates | Powered by Blogger.com.