.

.

Pages

NILAIKANLAH SENDIRI TUAN GURU PAS INI

Thursday, April 5, 2012

Assalamualaikum...



Artikel ini MKT 'copy paste' dari blog Double Y tanpa sebarang edit.
Para pembaca nilaikanlah sendiri betapa alimnya Tok Guru Nik Aziz tu yer...

Bukan sahaja menipu rakyat Kelantan dengan hukum Hudud, Nik Aziz Nik Mat juga dilaporkan menipu mengenai kelulusan akademik yang dimilikinya.

Blog GelombangKick semalam mendedahkan bahawa Universiti Deoband tidak wujud sebagaimana dinyatakan dalam kelulusan akademik Nik Aziz Nik Mat. Apa yang ada hanyalah Madrasah Darul Ulul Deoband.

Madrasah tersebut juga bukanlah bertaraf Universiti sebagaimana dinyatakan dalam biodata Nik Aziz Nik Mat :

BIODATA TUAN GURU DATO’ BENTARA SETIA HJ NIK ABDUL AZIZ NIK MAT 
Pendidikan: 
Sekolah Kebangsaan Kedai Lalat (3 Bulan) – 1936. 
Sekolah Pondok Tok Kenali Kubang Kerian  
Sekolah Pondok Tok Guru Haji Abbas Besut, Terengganu. 
Universiti Deobond, India – 1952.Lahore, Pakistan – Ilmu Tafsir Quran – 1957. 
Universiti Al-Azhar, Mesir – Ijazah Sarjana Muda Pengajian Bahasa Arab.Universiti Al-Azhar, Mesir – Sarjana Perundangan Islam. 
Dari blog Gelombangkick :
Apa yang menarik perhatian GK pada kali ini adalah berkaitan dengan pengajian Dato' Bentara Setia Yang dikhabarkan pernah belajar di Universiti Deoband India.Hasil penelitian GK sebenarnya tidak wujud universiti tersebut. 
Deoband di utara Uttar Prodesh dan GK temui hanyalah Madrasah Darul Ulum Deoband.Apakah disitu tempat pengajian sebenar Dato' Bentara Setia Nik Aziz. Bagaimana pula dengan Universiti Deoband ? 
Selain dari Deoband, madrasah Darul Ulum juga terdapat di Lucknow, Hyderabad, Mumbai dan beberapa tempat lagi di India. Namun begitu madrasah ini tidaklah bertaraf universiti (jamiah).

Ada dikhabarkan Madrasah tersebut tempat golongan wahabbi, namun GK tak dapat pastikan sejauh mana kebenarannya, menjadi satu persoalan disini kenapa Dato' Bentara Setia Nik Aziz tidak menyatakan nama sebenar tempat pengajian beliau ? 
Adakah beliau merasakan tidak layak untuk mengatakan beliau belajar di Madrasah Darul Ulum. Atau juga sengaja untuk membohongi rakyat bagi menjaga status beliau yang digambarkan sebagai Ulamak yang keramat. 
Kredibiliti seorang yang dikatakan Ulamak ini boleh dipertikaikan, tapi seperti yang kita ketahui golongan taksub Pas akan membela habis-habisan, bagi pendapat GK adalah tidak wajar untuk kita mempercayai semua kata-katanya hanya kerana beliau berpenampilan seorang yang warak, kerana itu kita tidak akan sedar sesuatu perkara yang silap berlaku dan memandang ringan kerana otak kita telah di set beliau adalah seorang yang warak dan maksum. 
Apalagi juak-juak Pakatan Rakyat hendak belitkan selepas membaca kenyataan ini? Insaf-insaflah...cari sahaja guru yang lain yang lebih warak dan benar bicaranya tentang Islam. 

1 ulasan:

Anonymous said...

Bodoh ! itu pun nak besar2kan setakat kekeliruan tempat berguru pon ko nak kutuk dye habis2,ko tu sempurna sangat ke? ni lah dunia akhir zaman ulama dihina dan dikeji ..tak tahu yang mana betul dan yang mana salah tetibe nak buat statement sendiri..

Post a Comment

 
© Copyright 2010-2011 Melayu Kedah Terakhir All Rights Reserved.
Template Design by Herdiansyah Hamzah | Published by Borneo Templates | Powered by Blogger.com.