.

.

Pages

PERKAUMAN YANG DIBANGKITKAN KEMBALI OLEH TIAN CHUA

Thursday, April 5, 2012


Tian Chua...layak digelarkan seperti ini

Assalamualaikum...

Apa masalahnya dengan juak-juak PKR ni? Mempertikaikan projek yang diberikan kepada Tan Sri Syed Mokhtar?

Pada pendapat MKT ianya bagus dan cukup efisien berbanding projek berkenaan diberikan kepada orang luar.

Bila kenderaan pertahanan negara dibeli dari negara luar, korang juga yang bising. Sekarang bila diberi kontrak kepada orang tempatan dan berbangsa Melayu, korang pertikaikan juga.


Tony Pua seorang ahli Parlimen yang telah membangkitkan isu berkenaan boleh dikatakan seorang manusia yang boleh diragui kesetiaannya kepada negara. 

Ini adalah kerana dengan menggunakan alasan 'rakyat ingin tahu' sebenarnya boleh digunakan untuk membocorkan sistem pertahanan negara kepada pihak musuh.

Ini bukannya satu tuduhan tetapi perkara yang realiti. Jika tidak, mengapa beliau terlalu beria-ia mempromosikan segala-galanya tentang pertahanan negara dengan secara terbuka? Mengapa tidak bertanyakan atau mempertikaikannya dengan secara tertutup?

Begitu banyak kebocoran mengenai sistem pertahanan negara yang telah dicungkilnya seperti kapal selam Scorpene. Bukankah lebih elok tidak perlu diwar-warkan kepada awam. Ini keselamatan negara bukannya perkara yang main-main.

Sistem keselamatan jenis apa yang beliau letak dirumahnya pun beliau tidak akan menghebahkannya kepada orang. Mengapa pula sistem pertahanan negara beliau hendak hebahkan?

Nombor berapa jutawan Melayu daam senarai ini?
Satu lagi...mengapa beliau mempertikaikan kekayaan Tan Sri Syed Mokhtar dan bukannya Tan Sri Robert Kuok? Adakah kerana Tan Sri Syed Mokhtar seorang yang berbangsa Melayu dan bukannya berbangsa Cina? 

Ini satu kenyataan perkauman dari Ahli Parlimen ini.

Lupakah beliau Tan Sri Syed Mokhtar bukannya jutawan yang terkaya di Malaysia malahan ada lagi jutawan-jutawan lain yang bukannya berbangsa Melayu. 

Dalam senarai 10 terkaya di Malaysia, hanya seorang sahaja berbangsa Melayu iaitu Tan Sri Syed Mokhtar. Mengapa itu yang didengkikan sangat?

Apakah kerana beliau merasakan Melayu tidak layak untuk setaraf  itu?

MKT mengesyorkan kepada Kerajaan Malaysia agar menambahkan lagi bilangan jutawan dari kelompok bangsa Melayu. Supaya Cina seekor ini tidak lagi memandang rendah kepada bangsa kita.

KUALA LUMPUR, 4 April: Kerajaan diminta menjelaskan adakah benar syarikat milik Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary mendapat kontrak perolehan kereta perisai bernilai RM7.55 billion.

Perkara itu dibangkitkan oleh Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua (gambar) ketika membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2011) 2012 bagi Kementerian Kewangan.

Beliau juga mendakwa, Syed Mokhtar turut mendapat kontrak projek double-tracking yang bernilai RM10 billion dan projek terowong MRT yang bernilai RM8.2 billion.

Bagaimanapun, dalam perbahasan itu, Tony meminta kerajaan memberikan satu laporan terperinci mengenai empayar milik individu terbabit yang dilihat tiada hadnya.

Katanya, individu terbabit juga telah menguasai pelbagai bidang industri termasuk Padi Beras Nasional Bhd, Tradewinds Bhd dalam sektor gula, Pos Malaysia, DRB Hicom, Proton Malaysia, Port of Tanjung Pelepas, Johor Port dan sekarang dikatakan Penang Port dan Northport.

"Hampir  kesemua pengambil-alihan saham melalui penswastaan dan projek ini dibiayai oleh pinjaman. Apakah jumlah pinjaman yang telah diambil oleh kumpulan syarikat Tan Sri Syed Mokhtar dan apakah bank yang paling terdedah kepada pinjaman beliau?" soal Tony.

Beliau juga mempersoalkan sama ada Bank Negara mengambil risiko sistematik yang ada atas pinjaman berpuluh-puluh billion kepada syarikat-syarikat yang berkaitan dengan seorang sahaja.

Tegasnya, krisis kewangan 90-an sepatutnya memberi pengajaran kepada negara supaya tidak mengambil risiko yang terlampau tinggi kepada sebuah syarikat atau individu.

"Pada masa itu Renong yang menjadi 'darling' kepada Umno dan kerajaan BN lesap begitu sahaja dan menyebabkan kerugian bukan sahaja kerajaan tetapi juga rakyat biasa melalui pelaburan dalam syarikat disenaraikan di Bursa Malaysia," katanya.

Justeru, beliau berharap menteri dapat memberikan jumlah pinjaman dengan angka-angka terperinci supaya perkara ini tidak lagi membimbangkan rakyat dan industri.

Sebelum ini, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pemimpin pembangkang pernah beberapa kali mempersoalkan di parlimen kenapa segelintir korporat Melayu yang mendapat projek mega kerajaan seperti Syed Mokhtar, anak Tun Mahathir, adik Datuk Seri Najib, bekas Ketua Hakim Negara dan peguam Umno.
sumber Harakah

 


0 ulasan:

Post a Comment

 
© Copyright 2010-2011 Melayu Kedah Terakhir All Rights Reserved.
Template Design by Herdiansyah Hamzah | Published by Borneo Templates | Powered by Blogger.com.