.

.

Pages

BARISAN KABINET KHAYALAN PAKATAN RAKYAT

Friday, April 6, 2012

Assalamualaikum...


Tinggi bebenor angan-angan pihak Pakatan Rakyat. Keempat-empat negeri yang ditawan sebelum ini pun tergagap-gagap hendak menjaganya sudah berani menyimpan angan-angan hendak menawan satu negara.

Baru-baru ada seorang trooper telah menemui keratan barisan Kabinet yang bakal direalitikan jika dapat menawan Putrajaya atau lebih mudahnya menawan negara Malaysia.

MKT lihat susunan barisan Kabinet didalam 'scratch memo' itu agak keterlaluan rasisnya. Sila lihat susunannya seperti di bawah.

KLIK UNTUK BESARKANNYA
Berapa keratkah Menteri Melayu Islam yang memegang portfolio penting di dalam Kerajaan? Hanya sekadar Menteri Adat dan Sosial serta Menteri Belia dan Sukan sahajakah yang layak diberikan kepada bangsa Melayu?

Jawatan Perdanan Menteri pula sememangnya bangsa Melayu tetapi mengikut sumber-sumber yang boleh dipercayai, ianya hanyalah sementara waktu sahaja. Mungkinkah bakal PM itu akan dibunuh ataupun diugut supaya meletakkan jawatan dan secara tidak langsungnya Timbalan Perdana Menteri II iaitu berbangsa Cina akan mengemudi negara ini. 

Singapura sudah merdeka hampir 50 tahun tetapi dimanakah tempat bangsa Melayu di dalam barisan Kabinet Singapura ataupun sebagai Perdana Menteri Singapura? Lihat buktinya dibawah :-

KLIK UNTUK BESARKANNYA
Adakah Melayu di dalam PAS, PKR mahupun DAP berasa akan dapat merasai kembali kehilangan kuasa bangsa Melayu Islam di negara ini setelah menjual kepada bangsa lain? Tidak!!...Ianya hanyalah impian disebalik khayalan.

Mungkin kita tidak akan merasai keperitan kehilangan tanah tunggal bangsa Melayu tetapi anak-anak dan cucu cicit kita yang akan memaki kita kerana tergamak melepaskan apa yang menjadi hak kita selama ini.

0 ulasan:

Post a Comment

 
© Copyright 2010-2011 Melayu Kedah Terakhir All Rights Reserved.
Template Design by Herdiansyah Hamzah | Published by Borneo Templates | Powered by Blogger.com.