.

.

Pages

MATI SYAHIDKAH INI?

Monday, April 2, 2012


Gara-gara bersemangat untuk memasang bendera parti PAS dan DAP , dua rakan maut terkena renjatan elektrik apabila sebatang buluh yang diguna untuk menggantung bendera itu terkena kabel elektrik bervoltan tinggi di Kampung Tengah, Bukit Panau, dekat sini malam Jumaat.

Rosli Hussin, 47, dan rakannya Mohd Daisan Ibarahim, 37, yang terjatuh dan pengsan selepas terkena renjatan elektrik itu, disahkan mati di tempat kejadian dan mayat mereka dihantar ke Hospital Tanah Merah.

Abang ipar seorang daripada mangsa, Che Musa Mamat berkata adik iparnya, Rosli bersama empat rakannya ke kawasan itu untuk mendirikan buluh setingga kira-kira 12 meter untuk menaikkan bendera PAS dan DAP pada pukul 12 tengah malam.

Ketua Polis Daerah Tanah Merah DSP Abdul Aziz Mahmood ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian itu awal pagi Sabtu.

Beliau menasihatkan orang ramai, khasnya penyokong parti politik supaya jangan terlalu ghairah bertindak memasang bendera politik sehingga mengabaikan keselamatan diri- SungaiRapat Online.

Apa pula fatwa Nik Aziz berkenaan perkara ini? Hendak istiharkan mereka itu mati syahid juga ke? Urusan hidup atau mati seseorang itu bukanlah terletak atas tangan kita sebagai hamba Illahi. Syurga itu juga bukannya Tuhan amanahkan kepada Nik Aziz untuk mengesahkan mana-mana orang yang boleh memasukinya.

Yang paling penting dalam senario ini adalah moralnya iaitu jangan disebabkan fahaman politik terlampau maka nyawa kita digalang gantinya....

0 ulasan:

Post a Comment

 
© Copyright 2010-2011 Melayu Kedah Terakhir All Rights Reserved.
Template Design by Herdiansyah Hamzah | Published by Borneo Templates | Powered by Blogger.com.