.

.

Pages

NEGERI KEDAH BAKAL DILELONG

Monday, April 2, 2012



Kolej Universiti Insaniah (KUIN) yang dipengerusikan oleh Ustaz Azizan, Menteri Besar Kedah telah disaman sebanyak RM 3 juta oleh kontraktor "Shake Cuisine Sdn Bhd" kerana gagal melunaskan bayaran penyediaan perkhidmatan kepada 300 pelajar Kolej Universiti Insaniah (KUIN) dicawangan Kolej Insaniah Sungai Petani bagi tempoh 3 tahun.

Ianya bermula dari Januari 2009 sehingga Disember 2011 dengan kadar bayaran di tetapkan dalam perjanjian sebanyak RM 200.00 sebulan untuk setiap pelajar.

Kos berkenaan merangkumi kos perkhidmatan Asrama (kediaman) dan pengangkutan untuk seramai 300 pelajar.

Dalam permasalahan ini menunjukkan pentadbiran Kolej Universiti Insaniah (KUIN) yang dipengerusi oleh MB Kedah telah gagal di dalam pentadbiran pengurusan kewangan, malahan turut gagal dalam menyediakan 300 pelajar untuk di tempatkan di asrama seperti di dalam perjanjian.

Dalam tempoh 3 tahun pihak pengurusan KUIN hanya membayar hanya sebanyak 2 kali pembayaran pada awal tahun 2009, kali pertama sebanyak RM 360,000.00 sebagai bayaran untuk enam bulan pertama dan kemudian RM 176,800.00 untuk bayaran selanjutnya selepas pembayaran kali pertama. Selepas itu pihak pengurusan KUIN telah gagal membuat pembayaran selanjutnya sehingga ke hari ini.

Kontraktor berkenaan menceritakan, dia pernah berjumpa dengan Ustaz Azizan, MB Kedah pada 5 bulan lepas, namun kontraktor tersebut diperlakukan seperti bola,di tendang kesana kesini tetapi pembayaran tidak juga dibuat, sehinggalah kontraktor berkenaan sudah hilang sabar diperlakukan sebegitu rupa dan terus mengfailkan saman terhadap KUIN dan Azizan MB Kedah.


P/S dari MKT : Alamat akan tergadailah negeri Kedah tidak lama lagi jika rakyat masih lagi mahu memberi kuasa ditangan PAS selepas PRU nanti. Sesiapa yang rasa ada duit banyak bolehlah menyimpan kerana tidak lama lagi tanah negeri Kedah akan dilelong oleh Kerajaan PAS sedikit demi sedikit.

0 ulasan:

Post a Comment

 
© Copyright 2010-2011 Melayu Kedah Terakhir All Rights Reserved.
Template Design by Herdiansyah Hamzah | Published by Borneo Templates | Powered by Blogger.com.