.

.

Pages

KENYATAAN JABATAN PENJARA TENTANG PENIPUAN HARAKAH

Friday, March 30, 2012



KENYATAAN AKHBAR JABATAN PENJARA MALAYSIA
BERHUBUNG LAPORAN MEDIA
’ ISLAMKAN 2 BANDUAN DALAM PENJARA’

1. Laporan oleh beberapa media online berhubung Hoslan bin Husin dikatakan telah menjadi imam di dalam penjara serta telah mengislamkan 2 orang banduan adalah dirujuk. Adalah disahkan Hoslan bin Husin mula menjalani hukuman di penjara pada 8 Mac 2012.



2. Ibu Pejabat Penjara telah menghantar pegawai untuk menyiasat laporan oleh media berkenaan kerana mendapati ianya bertentangan dengan tatacara dan prosedur Jabatan Penjara. Hasil siasatan mendapati laporan di atas di atas tidak tepat dan boleh mengelirukan orang ramai.

3. Dimaklumkan berasaskan prosedur yang digunapakai oleh Jabatan Penjara, urusan pengislaman seseorang banduan di dalam penjara dilaksanakan secara teratur dan melalui Jabatan Agama Islam dan bukannya oleh banduan lain. Sebaik sahaja seseorang banduan menyatakan hasrat untuk memeluk agama Islam proses pengislaman akan dilaksanakan dengan kehadiran pegawai dari Jabatan Agama Islam, pegawai agama Jabatan Penjara serta saksi-saksi yang diperlukan. Ia bagi memastikan pengislaman tersebut dilaksanakan dilaksanakan secara teratur. Salah seorang yang dilaporkan diislamkan oleh penama di atas sebenarnya telah memeluk agama Islam pada 2009 iaitu sebelum dia dipenjarakan. Manakala seorang lagi banduan sebenarnya dalam proses memeluk agama Islam yang mana akan diuruskan oleh Jabatan Agama Islam dalam masa terdekat.



4. Dimaklumkan juga pegawai agama atau pembantu pegawai agama yang menjadi imam kepada banduan di surau-surau di dalam penjara dan bukannya banduan. Semua program keagamaan Jabatan Penjara akan dikendalikan oleh penceramah bertauliah atau pegawai agama penjara. Kemungkinan penama di atas hanya menjadi imam di sel di mana dia di ditempatkan bersama beberapa banduan lain semasa mengerjakan sembahyang pada malam hari. Bagi tujuan keselamatan banduan tidak akan dikeluarkan dari sel mereka pada waktu malam. Oleh itu pada kebiasaannya semasa mengerjakan sembahyang berjemaah di dalam sel pada waktu tersebut banduan akan bergilir-gilir menjadi imam sesama mereka.



Assalamualaikum...





Inilah sikap sebenar harakahdaily dan PAS. Menipu, mengadu domba, memfitnah dan lain-lain lagi adalah sememangnya kerja-kerja terkutuk mereka.



Tiadakah erti kebenaran dalam diari hidup mereka ini? Ajaran Islam tidak mengajar umatnya sebagai penipu hatta di atas pentas politik sekalipun.



Laporan dari Jabatan Penjara seperti diatas membuktikan lagi harakah dan juak-juak PAS adalah kesemuanya MUNAFIK pekat.



Tiada gunanya masih berdiri satu saf dengan orang munafik kerana satu hari kelak golongan ini akan menikam kembali perpaduan yang digerakkan oleh Kerajaan. 

0 ulasan:

Post a Comment

 
© Copyright 2010-2011 Melayu Kedah Terakhir All Rights Reserved.
Template Design by Herdiansyah Hamzah | Published by Borneo Templates | Powered by Blogger.com.