.

.

Pages

MAHFUZ BERDUSTA LAGI...SEMEMANGNYA PUN

Friday, April 6, 2012



Assalamualaikum...


Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar menafikan sekeras-kerasnya dakwaan Ahli Parlimen PAS Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar, bahawa beliau terlibat dalam 'pasukan petugas' yang didakwa memberi kerakyatan kepada warga asing untuk membolehkan mereka mengundi.

NONEDalam mesej teks kepadaMalaysiakini, Wan Ahmad (kanan) berkata Mahfuz, yang menamakan beliau dalam satu sidang akhbar semalam, telah sengaja mengheretnya ke dalam "cerita karut" rekaannya yang bertujuan untuk "merosakkan integriti SPR".

Wan Ahmad menyifatkannya sebagai satu perbuatan jahat dan tidak bertanggungjawab oleh Mahfuz.

Sebaliknya, kata Wan Ahmad, beliau tidak tahu tentang tuduhan terhadapnya itu.

"Dia sengaja mengaitkan nama saya ,timbalan pengerusi SPR, dalam cerita rekaannya itu untuk modal politik bertujuan untuk mengaitkan SPR dalam aktiviti sedemikian.

"Objektifnya untuk merosak integriti dan kredibiliti SPE sebagai badan bebas dan berkecuali di bawah Perlembagaan," kata Wan Omar.

P/S dari MKT : Saman je mamat mangkok dari PAS ni. Sebab mamat Mahfuz ni bukannya tahu bercakap benar. Segala-galanya yang keluar dari mulutnya adalah dusta belaka. Itupun juak-juak Pakatan Rakyat percaya habis-habisan.

0 ulasan:

Post a Comment

 
© Copyright 2010-2011 Melayu Kedah Terakhir All Rights Reserved.
Template Design by Herdiansyah Hamzah | Published by Borneo Templates | Powered by Blogger.com.