Assalamualaikum..
Rupa-rupanya ada lagi versi Ghost Rider terbaru. MKT ingatkan manusia yang hanya terbakar kepala dan menaiki motor Harley sahaja tetapi ada lagi yang terbaru.
Sebenarnya ianya satu gimik penunjuk perasaan yang membantah kedatangan Presiden Republik China ke India baru-baru ini.
Tetapi bukankah lebih bagus jika para pendemo BERSIH 3.0 buat perkara yang serupa sepertinya? Ada berani ka?..... Tarak berani punya pendemo Malaysia ini. Betul tak?.....hihihihihi....
INI BARU BETUL PERJUANGAN. PR ADA BERANI BUAT KE? |
Penduduk Tibet tersebut, Janphel Yeshi, 27, melakukan perbuatan itu di Jantar Mantar yang merupakan tempat perhimpunan awam dan demonstrasi.
Beberapa saksi berkata, dia yang memakai baju dan seluar panjang menjerit semasa api membakar tubuhnya.
Menurut seorang ahli perniagaan Tibet, Nyima Tashi, Yeshi kemudian terjatuh selepas dia berlari.
"Kami semua terkejut," katanya yang berusia 39 tahun.
"Salah seorang penyokong kami membaling sehelai kot ke arahnya sebagai usaha untuk memadamkan kebakaran.
"Polis kemudian menghantarnya ke hospital," tambahnya.
Tashi berkata, dia pernah melihat Yeshi menghadiri perhimpunan bagi menuntut kebebasan Tibet.
"Kami menentang penguasaan China ke atas Tibet, kekurangan kebebasan agama dan hak asasi," jelasnya.
Seorang pegawai polis berkata, 85 peratus tubuhnya melecur.
Menurut Dr, R.K. Doshi di Unit Kecemasan Hospital Ram Manohar Lohia, beberapa kakitangan perubatan berusaha untuk menyelamatkan nyawa Yeshi.
"Keadaan dirinya amat kritikal. Peluang untuknya hidup amat tipis," katanya.
Sebilangan aktivis Tibet berkata, Yeshi merupakan penganggur yang telah merancang untuk melakukan perbuatan tersebut sejak beberapa hari lalu.
Menurut mereka, lelaki itu tiba di lokasi penunjuk perasaan dengan membawa botol mengandungi minyak tanah yang digunakan untuk membakar dirinya.
Dia melarikan diri dari Tibet pada tahun 2006 dan tinggal di sini sejak dua tahun lalu. - Agensi
P/S dari MKT : JUAK-JUAK PAKATAN TIDAK BERANI BUAT DEMO SEBEGINI. JIKA DISURUH HISHAMUDDIN RAIS PUN MAU KECUT JUGA TELURNYA. MKT YAKIN JUAK-JUAK INI AKAN BERI PELBAGAI ALASAN NAK COVER KECUTNYA TELOR MEREKA....
0 ulasan:
Post a Comment