.

.

Pages

DAULAT TUANKU!

Wednesday, April 11, 2012


Sedikit sejarah berkaitan dengan Tuanku Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah sempena pertabalan baginda sebagai Yang Dipertuan Agong ke 14 pada 11hb April 2012.

Tuanku Abdul Halim terpilih menjadi Timbalan Yang di-Pertuan Agong antara September 1965 dan September 1970. Apabila dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong pada 1970, ketika berumur 43 tahun, baginda menjadi Yang di-Pertuan Agong kedua termuda yang pernah dilantik iaitu selepas Tuanku Syed PutraRaja Perlis yang dilantik ketika berumur 40 tahun.

Baginda menyaksikan pertukaran kali pertama ketua kerajaan Malaysia iaitu apabila ayahanda saudara baginda, Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj memberikan jawatannya kepada timbalannya Tun Abdul Razak. Tunku Abdul Rahman merasakan beliau tidak patut berkhidmat di bawah anak saudaranya.
Pada November 2006, Tuanku Abdul Halim dipilih buat kali kedua sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong, bermula Disember 2006 hingga Disember 2011. Beliau merupakan sultan ketiga memegang jawatan ini dua kali, selepas Tuanku Ja’afar dari Negeri Sembilan dan Sultan Mizan Zainal Abidin dari Terengganu.
Pada 15 Julai 2008 baginda menyambut Jubli Emas, iaitu ulang tahun pemerintahan baginda ke-50 di Kedah.
Pada 12 dan 13 Oktober 2011, Mesyuarat Majlis Raja-raja yang ke-225 telah memutuskan bahawa Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah bakal menggantikan Tuanku Mizan sebagai Yang di-Pertuan Agong yang ke-14 mulai 13 Disember 2011.
Bermula pada 13 Disember 2011 yang lalu, baginda telah menjadi Yang Di-Pertuan Agong yang ke-14, sekaligus menjadi sultan pertama menjadi Yang di-Pertuan Agong sebanyak dua kali dan yang tertua ditabalkan (84 tahun). Yang di-Pertuan Agong tertua sebelum baginda ialah Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah dari Selangor, yang ditabalkan di usia 73 tahun.
Pertabalan kedua baginda sebagai Yang di-Pertuan Agong bakal dilangsungkan di Istana Negara pada 11 April 2012.
Daulat Tuanku dari Melayu Kedah Terakhir dan rakan-rakan dari Team media Kedah mendoakan agar Tuanku panjang umur dan dapat memerintah negara dengan aman dan makmur.

0 ulasan:

Post a Comment

 
© Copyright 2010-2011 Melayu Kedah Terakhir All Rights Reserved.
Template Design by Herdiansyah Hamzah | Published by Borneo Templates | Powered by Blogger.com.