Keadaan pentadbiran negeri Selangor di bawah Pakatan Rakyat yang dikuasai PKR semakin berkecamuk dan kelam kabut. Menteri Besar dan Penasihat Ekonomi sedang bertelagah kerana bercanggah pendapat.
Abdul Khalid Ibrahim dan Anwar Ibrahim sering bergaduh besar dalam bilik mesyuarat mahu pun pertemuan empat mata. Malah insiden maki hamun dan jerit menjerit dan tumbuk meja apabila mereka berdua bermesyuarat sudah menjadi perkara lumrah dan diketahui umum.
Asas perselisihan faham ialah kerana Menteri Besar tidak mahu mengikut telunjuk Anwar dan mahu mentadbir negeri ikut cara ala korporat yang dipelajarinya semasa menerajui Kumpulan Guthrie dan PNB.
Malah ramai daripada kroni-kroninya yang sudah bersara diambil bekerja dan ditempatkan di jawatan-jawatan besar dalam anak-anak syarikat kerajaan negeri.
Malah dengar khabar 'ex-girlfriend' Khalid pun diambil bekerja dipejabat Menteri Besar walaupun sudah lanjut usia (ini satu lagi cerita menarik!).
Khalid tidak mahu mendengar cakap Anwar yang meminta beliau menyalurkan dana untuk membantu aktiviti parti.
Kerajaan lain dan parti lain kata Khalid, tetapi mahu tidak mahu dia terpaksa juga beri peruntukan, umpamanya bagi penubuhan Pikom, satu kumpulan dianggotai aktivis parti yang ditugaskan menyebarkan maklumat mengenai program serta dasar Pakatan Rakyat.
Hendak Tahu lebih lanjutt peselisihan ini, sila KLIK SINI
0 ulasan:
Post a Comment