.

.

Pages

DARI LANGKAWI...SIAPAKAH YANG PUNYA KERJA NI?

Tuesday, April 10, 2012

Assalamualaikum...



Langkawi adalah sebuah pulau pelancongan yang tersohor di serata dunia. Berkat gelaran '99 magical Island' Langkawi sudah termasyhur sehingga ke segenap pelusuk dunia. Dihiasi didada papan iklan mahupun laman yang mempromosikan pulau lagenda ini dengan permandangan yang indah-indah serta memukau sanubari setiap pelancong agar datang berkunjung ke sini.

Walaupun pentadbiran Kerajaan Negeri bertukar tangan tetapi Pulau Langkawi terus juga menabur bakti kepada kepada Kerajaan Negeri dengan kemasukan pelancong yang boleh dikatakan tiada hentinya.

Tetapi amat malang jika keindahan yang diwar-warkan ke serata dunia hanyalah sekadar 'indah khabar dari rupa'. Ini adalah kerana MKT lihat terdapat kecacatan disebalik keindahan yang dicanang-canangkan.

PARIT DI JALAN PENARAK
Lihatlah keadaan perparitan di Pulau Langkawi seperti gambar diatas. Dimanakah pihak-pihak yang terlibat didalam hal begini? Bila dikatakan kakitangan Kerajaan yang terlibat hanya makan gaji buta, ada pula yang akan melenting tetapi bila melihat keadaan parit sebegini, agak layak juga pihak-pihak yang terlibat digelarkan sedemikian.

MKT syorkan agar pihak-pihak yang terbabit berusaha untuk menjaga kebersihan  biar secocok dengan kemasyhuran Pulau Langkawi di mata dunia.

Sepatutnya Kerajaan Negeri yang memperjuangkan pemerintahan Islam tentu lebih arif dalam kebersihan yang menjadi tuntutan agama.

Takkan perkara sekecil itupun menjadi masalah kot?


0 ulasan:

Post a Comment

 
© Copyright 2010-2011 Melayu Kedah Terakhir All Rights Reserved.
Template Design by Herdiansyah Hamzah | Published by Borneo Templates | Powered by Blogger.com.