Assalamualaikum...
Baru-baru ini MKT ada dedahkan notis dari Lembaga Pembangunan Daerah Langkawi (LADA) yang bercadang menaikkan sewa rumah sewaannya dari RM250 ke RM300. Ianya melibatkan 3 kawasan perumahan iaitu Taman Desa Permata, Taman Kenari dan Taman Sri Berlian. CERITANYA DI SINI
Walaubagaimanapun, kenaikkan itu DIMANSUHKAN dan MKT rasa pujian sepatutnya diberikan kepada ADUN Kuah kita iaitu Dato' Ir. Hj. Nawawi bin Ahmad yang bersusah payah cuba menyelesaikan permasalahan kenaikan sewa perumahan LADA dengan berunding dengan Pengerusi LADA iaitu Tan Sri Khalid bin Ramli.
"Pihak LADA berasa adalah tidak adil menaikan sewa disaat kakitangan Kerajaan baru sahaja hendak merasai nikmat kenaikan gaji dan elaun Cola dan pihak LADA akan diumpamakan seperti 'mengambil kesempatan' dan ini bukanlah sesuatu yang bagus kerana ianya akan menyebarkan persepsi yang salah terhadap pihak LADA" ujar Tan Sri Khalid.
Notis pemansuhan itu akan disusuli tidak lama lagi setelah pihak LADA akan mengadakan mesyuarat dengan pegawai atasan untuk perkara ini.
Lihatlah bagaimana wakil rakyat UMNO/BN berkhidmat untuk rakyat. Hanya sekadar memaklumkan kemashalatan rakyat maka akan diambil tindakan. Bukannya seperti wakil rakyat Pakatan Rakyat yang hanya bijak berbicara tetapi hampas hasilnya. Wakil rakyat UMNO akan mendengar permasalahan bukannya menuding jari kepada orang lain seperti wakil rakyat Pakatan Rakyat selalu buat.
Apa-apa pun MKT mewakili keseluruhan kakitangan Kerajaan yang menduduki rumah sewa LADA megucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada keprihatinan Dato' Nawawi dan budi bicara Tan Sri Khalid.
TEAM MEDIA KEDAH
SUMBER BERITA KEDAH YANG TEPAT
0 ulasan:
Post a Comment