Assalamualaikum...
Baru-baru ini pihak Lembaga Pembangunan daerah Langkawi (LADA) telah mengeluarkan satu notis untuk menaikkan kadar sewa bulanan setiap rumah sewaannya. Kebetulan pula pengumuman Kerajaan Pusat berkenaan kenaikkan elaun Cola sebanyak RM50 kepada kakitangan dibawahnya.
Bermula dari 1hb Mei 2012, penyewa Taman Kenari, Taman Desa Permata dan Taman Seri Berlian akan dinaikkan kadar sewaan dari RM250 ke RM300 sebulan. Arahan ini dikeluarkan oleh Timb. Pengurus Besar LADA iaitu En. A.Rahman.
MKT tidak menafikan kenaikan ini adalah biasa tetapi akan menjadi satu liabiliti kepada kakitangan Kerajaan yang baru sahaja hendak merasa kenaikan Cola tiba-tiba sudah hendak diserahkan semula kepada Kerajaan.
Tidakkah pihak LADA akan dianggap sebagai mengambil kesempatan diatas kenaikkan elaun kakitangan Kerajaan dengan menaikkan kadar sewanya?
Tidakkah ianya juga akan melabel Kerajaan bersikap 'buruk siku', beri kenaikkan tetapi mengambilnya kembali dengan secara menaikkan kadar sewa rumah Kerajaan?
Tidakkah pihak LADA terfikir sejenak, rakyat akan marah apabila harga barangan melambung, ingat rakyat tidak marah ke bila harga rumah sewa akan naik?
Pihak LADA sepatutnya memberi sokongan kepada perancangan PM untuk menjadikan negara berpendapatan tinggi tetapi jika ini keadaannya, tidak sempat hendak merasa sudahpun dikaut kembali. Sokongkah namanya itu?
Apakah akan terjadi kepada imej Kerajaan dengan kenaikkan ini? Bukankah ianya akan dipergunakan oleh pakatan pembangkang untuk dijadikan isu untuk mencalarkan imej Kerajaan? Inikah trademark LADA sekarang?
Jika begitu, sia-sialah peruntukkan 470 juta Kerajaan Pusat pada pembentangan Bajet 2012 baru-baru ini kerana nampak jelas yang pihak LADA hendak menjatuhkan Kerajaan UMNO/BN dengan kenaikan yang drastik.
MKT harap Dato Ahmad Bashah dan Dato Ir. Nawawi akan memandang serius akan perkara ini. Mungkin RM50.00 itu tidaklah sebesar mana dibandingkan dengan gaji VVIP di bangunan LADA tetapi pandanglah kepada kakitangan bawahan yang merasakan RM50.00 itu adalah satu jumlah yang besar.
Tambahan pula dengan keadaan PRU yang semakin hampir. Dikhuatiri ada pula kakitangan Kerajaan yang terpaksa memilih lan dari yang sepatutnya.
Pulau Langkawi diibarat kubu kuat UMNO. jangan disebabkan setitik nila akan rosak satu daerah Langkawi.
0 ulasan:
Post a Comment