.

.

Pages

BONEKA PAKATAN RAKYAT

Monday, April 16, 2012



Lihatlah bukti ber'video' dibawah. Dimana para mahasiswa menjatuhkan martabat diri sendiri sebagai manusia terpelajar. Ini bukanlah atas desakan sebenar naluri tetapi hakikat sebenarnya mereka-meraka ini telah dihasut untuk memburukkan imej negara di mata dunia.

Mereka mungkin tidak sedar yang mereka ini adalah boneka politik yang diperalatkan oleh sebuah parti politik itu. Tetapi itulah hakikat sebenar, mereka terpelajar sayangnya gagal menggunakan kebijaksanaan mereka untuk menilai harga diri mereka sendiri.

Di negara-negara luar - mereka yang belajar di Universiti hanya dipanggil 'STUDENT' yang bermaksud PELAJAR. Tetapi di Malaysia pelajar-pelajar yang menuntut di pusat pengajian tinggi diangkat martabat mereka dengan diberi gelaran 'MAHASISWA'.

Tetapi kini status 'MAHASISWA' tidak lagi dipandang tinggi masyarakat Malaysia, sebaliknya masyarakat menganggap golongan anak muda ini adalah mereka yang 'ganas' serta bersifat 'radikal'.

video

Tanggapan negatif ini mula timbul setelah beberapa kejadian yang melibatkan 'MAHASISWA' telah menimbulkan pelbagai permasalahan kepada orang sekeliling mereka.

Dari kes UPM hinggalah kes Demo UPSI pelbagai keganasan mereka tunjukkan yang mana tindakan mereka sebenarnya telah menjatuhkan martabat 'MAHASISWA' itu sendiri.

Walhal pada hakikat sebenar kumpulan kecil pelajar ini bukan mewakili suara majoriti penuntut-penuntut di pusat pegajian tinggi di Malaysia...


KREDIT : BLOGGER INI

2 ulasan:

Rahmat said...

Anda mentafsir atas sokongan kerajaan memerintah,tidak sama dgn tafsiran mereka...perjuangan harus di teruskan.....teruskan perjuangan mu mahasiswa yg sedar dan akan menyedarkan orang lain......

Ibnu Dahlan said...

Hihihi...silap la bro...MKT pn byr gak hutang (bkn dgn PTPTN la)bila dh abis belajar. X merasa rugi pun.. Jgn ingat dunia adalah syurga yg kesemua menda boleh dpt secara percuma. Kena sedarlah sikit, jika kau sbg ibubapapun megharapkan sesuatu keuntungan atas pengorbanan terhadap anak2. Jadi, salahkah jika Kerajaan mengorbankan sesuatu demi hendak dptkn keuntungan di masa hadapan?

Post a Comment

 
© Copyright 2010-2011 Melayu Kedah Terakhir All Rights Reserved.
Template Design by Herdiansyah Hamzah | Published by Borneo Templates | Powered by Blogger.com.