Assalamualaikum...
UMNO Pulau Pinang menyambut baik jaminan Ivory Properties Group Berhad (IPGB) bahawa syarikat itu akan membina kemudahan awam seperti masjid, sekolah dan rumah ibadat lain di atas ‘tanah emas’ Bayan Mutiara, Bayan Baru dekat sini.
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri, Datuk Zainal Abidin Osman berkata jaminan itu menunjukkan perjuangan UMNO supaya kemudahan awam terutama masjid dan sekolah seperti yang dirancang dalam pelan pembangunan yang ditetapkan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) di kawasan itu telah berjaya.
"UMNO mendesak demi kepentingan rakyat dan bila mereka (IPGB) telah menyatakan persetujuan untuk membina masjid dan sekolah di situ, ini menunjukkan perjuangan kita berjaya.
"Tetapi UMNO negeri mahu Ketua Menteri Lim Guan Eng memberi jaminan masjid dan sekolah yang akan dibina itu dibangunkan atas tapak asal seperti pelan awal," katanya.
Beliau mengulas kenyataan Pengarah Eksekutif IPGB Datuk Seri Nazir Ariff bahawa syarikat akan mematuhi garis panduan, peraturan perancangan dan pembangunan seperti ditetapkan MPPP di Bayan Mutiara dengan membina kemudahan awam seperti masjid, sekolah dan rumah ibadat lain.
PAS Pulau Pinang buat apa ya? Takkan perkara-perkara yang berkenaan Islam nak harapkan kepada parti sekular dan assobiyah UMNO jugak kot?
Bukankah dok canang keliling Penang yang hangpa sahaja yang Islam, yang lain semuanya kapiaq belaka.....
Tobat nasuha la rakyat Penang nak sokong hagpa lagi lepaih ni...
1 ulasan:
Salam...
Saya telah link kan blog saudara dlm blog saya di http://sarfarizmalsaad.blogspot.com
kita sama orang Kedah :)
Post a Comment