.

.

Pages

DARI LANGKAWI...HASSAN BASRI DEDAH AGENDA RAHSIA PAS

Monday, April 2, 2012

Assalamualaikum...



Baru-baru ini telah diadakan Ceramah Isu-isu semasa oleh Ustaz Hassah Basri, bekas Ketua Penerangan PAS Selangor di Perkarangan Tadika KEMAS Padang Putih, Langkawi. Kehadirannya dianggarkan sebanyak 300 orang dan boleh dikatakan amat memberangsangkan kerana kawasan tersebut adalah kubu kuat PAS daerah Langkawi.
Beliau merupakan masih lagi seorang ahli PAS dan belum lagi dipecat. Beliau sebenarnya sudah tawar hati dengan perjuangan PAS yang dianggap semakin terpesong dengan dasar penubuhan PAS sebenarnya.

- Bukan beliau sahaja yang sudah jelak dan muak dengan dakyah-dakyah PAS malahan lebih ramai sebenarnya. Rakyat yang menyokong Pakatan Rakyat pun sudah maklum haikat ini cuma ada diantara mereka yang masih lagi menaruh harapan kepada PAS dan PKR agar berubah. Hakikatnya kedua-dua parti ini tidak akan berubah selama-lamanya.

Pemecatan Dr. Hassan Ali baginya adalah tidak ada keadilan kerana Dr. Hassan Ali tidak pernah dipanggil untuk membela diri dan beliau juga mempertikaikan pemecatan tersebut kerana bagi beliau Dr. Hassan Ali berjuang adalah untuk memartabatkan Islam. Jika untuk menegakkan Islam pun dihalang maka apa gunanya diadakan parti PAS?

- Usaha untuk memartabatkan Islam sudahpun diruntuhkan oleh tagan-tangan PAS sendiri. Bukan sekadar di Selangor tetapi di Kedah juga telah pun berlaku. Sekadar lembut gigi dari lidah. Jual air liur sahaja sesiapa pun boleh buat. Betul tak?

PAS bercita-cita untuk melantik Ambiga untuk menjadi Timbalan Presiden demi untuk memenuhi cita-cita politik dalam pada yang sama mengiakan segala agenda si kafir itu untuk mem'plural'kan Islam di Malaysia. Inikah perjuangan Islam PAS yang dicanang sekeliling negara?

- Ini adalah agenda sebenarnya. PAS sanggup mejual apa sahaja demi hendakkan undi dari bukan Islam. Sudah jelas dan nyata PAS sekarang mementingkan undi lebih dari perjuangan Islam. Mengapa perlu lagi rakyat memberi sokongan kepada mereka?

Cuba para pembaca bayangkan, seorang mantan Ketua Penerangan PAS Selangor juga mengakui jika pada PRU 13 ini kuasa politik ditangan Pakatan Rakyat maka penguasa mutlak yang sebenarnya adalah DAP bukannya PAS ataupun PKR. Ini adalah kerana kedua-dua parti tersebut adalah boneka kepada DAP.

- Boneka, pencacai, balachi atau apa sahaja bahasa dikhaskan untuk PAS dan PKR. Mereka sanggup...hatta menjual prinsip juga sanggup dan jual anak isteri pun mereka sanggup.

Akhir kata, tiada gunanya rakyat Malaysia menyandarkan harapan demi harapan kepada Pakatan Rakyat kerana ibarat indah khabar dari rupa sahaja....

0 ulasan:

Post a Comment

 
© Copyright 2010-2011 Melayu Kedah Terakhir All Rights Reserved.
Template Design by Herdiansyah Hamzah | Published by Borneo Templates | Powered by Blogger.com.