.

.

Pages

TEGURAN IKHLAS UNTUK TUN

Sunday, March 4, 2012


mahathir ebook launching 091211 02
Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad memberi amaran bahawa Malaysia sudah  mempunyai terlalu banyak cuti umum sehingga sukar bagi meningkatkan produktiviti.

Katanya, jika keadaan itu berterusan dengan kerajaan memilih untuk membayar lebih untuk kurang bekerja, negara akan menghadapi kesukaran kewangan yang serius atau menjadi muflis seperti yang berlaku di negara Barat.

“Apabila kita bekerja jumlah hari yang kurang, maka produktiviti juga akan berkurangan..
Assalamualaikum...

MKT bersetuju dan kurang bersetuju dengan pendapat Tun mengenai kenaikan gaji kakitangan swasta mahupun Kerajaan. Bersetuju kerana cuti yang terlalu banyak akan menjejaskan produktivit. Sememangnya tepat dakwaan Tun tiada sangsi lagi. Kakitangan Kerajaan mahupun swasta terlalu dimanjakan dengan kepelbagaian cuti-cuti. 

MKT kurang bersetuju apabila ada suara-suara yang hendak menghalang kenaikan gaji kakitangan Kerajaan mahupun swasta. Ini adalah kerana kesilapan Perdana Menteri yang dahulu menyebabkan semua ini terjadi. Kenaikan harga minyak yang secara mendadak iaitu hingga RM2.70 menyebabkan kenaikan harga barangan yang sehingga sekarang tidak dapat dikawal. Para pemborong, peraih dan peruncit telah mengambil kesempatan ini menaikkan harga, atas alasan menampung kenaikan harga bahan api tersebut.

Pernah atau tidak Tun terfikir mengenai bagaimana Perdana Menteri sekarang terpaksa berhempas pulas untuk menarik kembali keyakinan rakyat terhadap Kerajaan yang semakin luntur sebelum ini akibat kesilapan percaturan Perdana Menteri sebelumnya?

Walaupun kenaikkan gaji sebanyak 25% oleh Perdana Menteri yang sebelum ini dianggap terlalu tinggi, tetapi adakah ianya berbaloi dengan keputusan beliau menafikan subsidi minyak sehingga rakyat terpaksa membayar sebanyak RM2.70/liter? Dengan kenaikan tersebut tiada maknanya untuk rakyat berbelanja kerana rakyat terpaksa mengikat perut dan menyimpan angan-angan berbelanja demi untuk membayar seliter minyak petrol.

Masalah ini mungkin tidak dirasai oleh sekalian menteri-menteri, MP Kerajaan mahupun pembangkang kerana emolumen sebulan pun sudah menjangkau 2-3 kali ganda dari pekerja bawahan. 

Sekarang apabila Perdana Menteri hendak mengumumkan kenaikan gaji kakitangan Kerajaan dan swasta, ianya adalah satu langkah yang bijak dan efektif. Cuma jangan ada kenaikan harga minyak pada jangkamasa yang terdekat, sudahlah...

P/S dari MKT : Semasa minyak pada harga RM.70/liter, barang-barang keperluan melonjak naik tetapi mengapa apabila minyak sudah turun kepada RM1.90 tidak pula turun harga barang-barang?

0 ulasan:

Post a Comment

 
© Copyright 2010-2011 Melayu Kedah Terakhir All Rights Reserved.
Template Design by Herdiansyah Hamzah | Published by Borneo Templates | Powered by Blogger.com.