.

.

Pages

PAS SUDAH TIDAK RELEVAN KEPADA RAKYAT MALAYSIA

Saturday, March 3, 2012


Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan kesediaan Pas untuk melantik Timbalan Presiden daripada kalangan bukan Islam sebagai 'langkah terbaik'.Sehubungan itu beliau mencadangkan agar Penasihat DAP, Lim Kit Siang sepatutnya dilantik menjadi Presiden Pas.

“Dulu Pas kata kita kafir, sekarang mereka nak terima orang bukan Islam sebagai pemimpinnya. “Dulu Pas kata kita kerjasama dengan kafir. Setakat mana pemimpin bukan Islam dalam Pas? Sepatutnya, Lim Kit Siang menjadi Presiden Pas kerana beliau rakyat Malaysia yang mengutamakan Islam,” katanya pada sidang media selepas menerima kunjungan rombongan Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak) di Yayasan Kepimpinan Perdana, hari ini.
Beliau yang juga bekas Presiden Umno menegaskan, sekarang pemimpin bukan Islam belajar mengenai agama Islam antaranya boleh memberikan syarahan dengan menggunakan ayat al-Quran.
“Saya sokong, Pas mesti berpecah. Sudah cukup Melayu berpecah, kita pecah semua parti. “Pas patut berpecah lagi,” katanya.

Assalamualaikum...
MKT pun bersetuju dengan pendapat Tun, sememangnya DAP layak untuk mentadbir PAS dari orang Melayu Islam. Kerana tiada gunanya juga ulama-ulama yang mengetuai PAS pada masa sekarang. Ulama yang sedia ada di dalam PAS adalah jenis ulamak yang menjurus kepada hal-hal dunia sahaja.

Contohnya kita lihat sahajalah kepada Menteri Besar Kelantan yang berhajat hendak bertanding lagi sebagai calon pada PRU nanti. Sedangkan umurnya sudahpun menjangkau 82 tahun tetapi masih lagi bernafsu untuk duduk di kerusi Menteri Besar. Sedangkan beliau lupa akan wadah-wadahnya kepada Tun dahulu yang menuduh Tun akan memegang jawatan hingga ajal menjemput. Sekarang nampaknya beliau sudah menjilat ludahnya sendiri pula.

Satu lagi contoh yang paling MKT rasakan DAP adalah lebih layak adalah, selama DAP ditubuhkan tidak pula ada ura-ura penggubalan dasar perjuangan partinya. Maksudnya perjuangan parti DAP adalah lebih konsisten dari parti PAS. Bayangkan dari perjuangan dasarnya menubuhkan satu negara Islam hinggalah ditukar pula kepada perjuangan negara berkebajikan. MKT anggap PAS sebenarnya adalah parti 'Otak Semint'. Sekejap telus dan sekejap lagi rapuh....

0 ulasan:

Post a Comment

 
© Copyright 2010-2011 Melayu Kedah Terakhir All Rights Reserved.
Template Design by Herdiansyah Hamzah | Published by Borneo Templates | Powered by Blogger.com.