.

.

Pages

SYOR SUPAYA DIPECAT....

Friday, March 16, 2012


Seorang ahli Parlimen Bebas hari ini mendesak supaya kerajaan mengambil tindakan tegas terhadap Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Mohd. Sidek Hassan dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Abu Bakar Abdullah dengan menyegerakan persaraan mereka ekoran keputusan pembatalan pelaksanaan Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA). 

Datuk Ibrahim Ali (Bebas-Pasir Mas) berkata, langkah itu wajar kerana kedua-dua mereka itu bertanggungjawab sepenuhnya kepada setiap kontroversi yang berlaku apabila didapati sistem itu langsung tidak memberi keadilan kepada penjawat awam.
Beliau berkata, akibat daripada tindakan Mohd. Sidek dan Abu Bakar itu juga, kerajaan terpaksa menanggung malu dan terpaksa berhadapan dengan kemarahan kakitangan awam sehinggalah SBPA dibatalkan dalam satu pengumuman yang dibuat oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, baru-baru ini.

Assalamualaikum...

Sememangnya MKT bersetuju dengan saranan Ibrahim Ali berkenaan entri diatas. Begitu memalukan Kerajaan bilamana SBPA dimansuhkan disebabkan ketamakkan sesetengah pegawai atasan jabatan tanpa menghiraukan bebanan kakitangan bawahannya.

Selama ini Perdana Menteri begitu komited untuk membawa negara sebagai negara yang berpendapatan tinggi tetapi impian itu telah diranapkan oleh segelintir individu tamak di dalam Jabatan Kerajaan.

Kegagalan SPBA tidak akan dilemparkan kepada kedua-dua manusia tamak ini tetapi kesemuanya akan dilonggokkan ke atas bahu PM. Seperti yang telah dilakukan oleh Mahfuz Omar di dalam Parlimen baru-baru ini. MKT berasa begitu tercabar apabila MP Pokok Sena cuba menyalahkan Kerajaan dan bertujuan untuk memalukan PM di dalam Parlimen disebabkan isu ini.

MKT mengesyorkan agar KSN dan KP JPA dipecat dari jawatan mereka demi untuk membersihkan palitan tahi yang telah dilumurkan keatas 1.4juta kakitangan awam dan juga PM. 

Sungguh memalukan....

0 ulasan:

Post a Comment

 
© Copyright 2010-2011 Melayu Kedah Terakhir All Rights Reserved.
Template Design by Herdiansyah Hamzah | Published by Borneo Templates | Powered by Blogger.com.