.

.

Pages

DARI LANGKAWI...DATANG TU, BIARLAH BERADAT SIKIT

Friday, March 16, 2012

Assalamualaikum...



Rakyat Langkawi akan menerima tuah dengan kehadiran mantan Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang iaitu Mohammad Fairus Khairuddin ke Program Silaturrahim Bersama Penduduk Ayer Hangat pada 17hb Mac 2012. Sememangnya kehadiran beliau ke daerah terkaya di Kedah ini untuk membantu memperkuatkan UMNO amatlah dialu-alukan.

Tetapi sayangnya, kehadiran beliau ke daerah ini adalah agak keterlaluan atau bahasa yang paling mudah ialah 'melangkaui kepala'. Sepatutnya jika beliau berminat hendak menaburkan jasa kepada masyarakat Pulau Langkawi, bukankah lebih baik beliau menggunakan jalan yang lebih 'gentleman' bukannya melalui jalan belakang? Pulau Langkawi ada barisan kepimpinan UMNO yang diamanahkan untuk menjaganya. Apa pula kata orang kepada UMNO Bahagian jika kehadiran beliau untuk program tersebut tidak diketahui oleh mereka? Bukankah itu namanya politik membunuh diri? Adakah tindakan beliau berniat untuk menjatuhkan imej UMNO Bahagian atau adakah ada agenda disebaliknya?

Banyak persoalan atau fitnah yang boleh ditimbulkan atas tindakan beliau membelakangkan kepimpinan UMNO Bahagian Langkawi. Antara fitnah yang popular ialah beliau adalah bakal calon Ahli Parlimen yang akan menggantikan Dato' Paduka Abu Bakar Taib. Fitnah ini cukup popular memandangkan sumbangan-sumbangan dan keperihatinan beliau terhadap penduduk Pulau Langkawi agak dicurigai. Masakan orang luar yang tidak pernah menabur jasa di Pulau Langkawi tiba-tiba sahaja mengeluarkan satu belanja yang banyak untuk penduduk Langkawi dan sumbangan itu pula khabarnya bukan dari NGO ataupun parti politik. Pelik,kan?...

MKT berpendapat jika benar beliau hendak mengantikan Ahli Parlimen sedia ada ini pun tiada masalahnya kerana keputusan yang hakiki adalah dari mulut Perdana Menteri sendiri. Jika PM yang mahukan begitu, siapalah MKT hendak pertikaikan. 

Cuma MKT ada sedikit teguran untuk beliau, jika bertandang ke laman orang, berilah salam dan bertanya khabar dahulu kepada empunya laman....Jangan main redah sahaja. Takut-takut kelak bantuan yang diharapkan, bala pula yang mendatang......

Yang pentingnya niat dan keberanian untuk bersuara.... Ingatlah, sekarang anda berada di kawasan UMNO dan ini bukannya budaya UMNO. Datang orang UMNO datangnya beradab bukannya diam-diam...


0 ulasan:

Post a Comment

 
© Copyright 2010-2011 Melayu Kedah Terakhir All Rights Reserved.
Template Design by Herdiansyah Hamzah | Published by Borneo Templates | Powered by Blogger.com.