Assalamualaikum...
DAP ialah sebuah parti politik Malaysia yang berbentuk pelbagai kaum, sekular dan sosialisme demokratik. Ditubuhkan pada 18 Mac 1966. Kubu-kubu kuat parti DAP dari segi sokongan rakyat ialah Pulau Pinang, Perak dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
DAP terkenal dengan konsep "Malaysian Malaysia" (Malaysia untuk semua rakyat Malaysia). Parti ini komited kepada perjuangan untuk sebuah Malaysian Malaysia yang bebas, berunsur sosialisme demokratik, berdasarkan prinsip-prinsip hak asasi manusia, kesamarataan, keadilan sosial dan ekonomi, dan berasaskan institusi demokrasi parlimen. Bentuk sosialisme yang menjadi pilihan DAP ini adalah sosialisme sederhana yang bersifat anti-komunis dan anti-kapitalis, dan berdasarkan atitud tidak memihak kepada mana-mana pengaruh kuasa besar dunia sama ada blok Barat ataupun blok Timur.
Sebenarnya kewujudan DAP adalah bertujuan untuk memporak perandakan situasi politik Malaysia dan bercita-cita untuk merampas 3 negeri Selat iaitu Singapura, Melaka dan Pulau Pinang. Singapura telahpun dimerdekakan dari Persekutuan Malaysia. Pulau Pinang sudahpun ditawani melalui Pilihanraya dan yang tinggal hanyalah Kota Melaka sahaja yang belum dapat dikuasainya. Bagaimana pula dengan Kuala Lumpur? Itu juga adalah cita-cita sulit DAP dimana untuk menawan Malaysia haruslah menawan ibu negaranya dahulu barulah berupaya menawan keseluruhan negara.
Cuba para pembaca mengimbau kembali sejarah peristiwa 13hb Mei 1969 dimana DAP dan Gerakan berganding bahu dengan pergerakan komunis telah bersatu untuk menghalau bangsa Melayu dari Kuala Lumpur.Mungkin akan ada juak-juak DAP akan mempertikaikan kenyataan ini tetapi MKT sudahpun bersedia untuk semua itu.
Adakah juak-juak ini telah lupa kepada sejarah 17hb November 1967 dimana Gerakan Belia Mao Tze Tong telah melancarkan 'hartal/mogok umum' apabila Kerajaan bertindak menurunkan nilai matawang lama? Bukankah pada masa itu kebanyakkan penduduk-penduduk Cina di negara ini masih berkiblatkan perjuangan komunis di tanah besar China? Jadi ada relevannya kejadian 13hb Mei 1969 berhubungkait dengan pergerakan komunis di negara ini.
Berbalik kepada agenda DAP pada masa sekarang. Cuba pembaca kenang semula, apa sahaja isu yang ada berkaitan dengan agama dan bangsa Melayu akan diselar sebagai rasis atau perkauman. Adakah perjuangan untuk memartabatkan Tuan Empunya Negara ini disabitkan dengan satu kesalahan bangsa? Jika ikut maklumat, di negara China sendiri pun tiada keistimewaan akan diberikan kepada bangsa-bangsa lain yang menjadi warganegaranya. Jadi MKT harap DAP jangan "Overstep the border"...
Tindakan Lim Kit Siang mempertikaikan cara sembelihan lembu korban pada tahun lepas dianggap agak keterlaluan dan jahil berkenaan agama Islam. MKT hairan, sudah pupuskah wakil-wakil Islam didalam DAP yang boleh menegur kejahilan pemimpin mereka itu?
Dakwah rakan DAP iaitu PAS untuk menerangkan kesucian Islam rasanya tidak mendapat respon dari DAP itu sendiri. Umpama mencurah air di daun keladi. Gelaran Khalifah Islam itu hanyalah mainan dibibir ahli-ahli politik sahaja. Jadi kepada PAS, MKT syorkan agar putuskan hubungan politik dengan parti kafir harbi ini...Walaupun akan mendapat tentangan yang hebat dari Timb. Presiden PAS itu sendiri.
P/S dari MKT : Sudah dapat elaun RM15,000 sebulan, masakan Mat Sabu nak putuskan hubungan dengan DAP kot? Rugilah beb....hihihi...
0 ulasan:
Post a Comment