.

.

Pages

PESANAN KHAS UNTUK UMNO.....

Saturday, March 24, 2012


Najib berkata beliau sedia mengambil risiko tidak akan calonkan semula wakil rakyat BN yang tidak perform dan tidak winnable. Perdana Menteri sedar ada nanti yang merasa kecil hati namun beliau tidak ada pilihan dalam memastikan calon-calon yang selari dengan kehendak pengundi sahaja yang akan turun padang mewakili BN dalam pilihanraya mencabar ini.


Kepada satu soalan lain samaada beliau mempunyai 'kawan sejati',Najib berkata beliau tidak kisah 'hilang kawan' mereka yang merasa kecil hati semata-mata kerana kehendak politik dan kepentingan peribadi mereka tidak dapat dipenuhi. Katanya beliau mempunyai sebilangan kawan baik yang bersedia untuk mengetepikan agenda politik dan peribadi.


Bagaimanapun, beliau mengakui ada juga yang mempunyai kepentingan dan matlamat dalam politik.


“Katakanlah,seorang wakil rakyat itu tidak diingini, saya perlu mendengar rakyat.Tetapi apa yang diamati, saya akan dipersalahkan sedangkan rakyat yang tidak mahu mereka,"ujarnya. Katanya hajat pentabirannya ialah membawa Malaysia melangkah ke depan. Apapun Perdana Menteri berkata untuk membolehkan matlamat itu tercapai BN harus memenangi pilihanraya umum akan datang.


Assalamualaikum...
Satu jaminan yang hebat dari seorang hamba Allah yang dilantik untuk menjadi pemimpin kepada seluruh rakyat Malaysia. MKT kagum dengan ucapan beliau dimana beliau sanggup untuk membuang rakan-rakan yang ketawa yang kelak akan memakan kembali dirinya dan UMNO.
Yang salah adalah calon-calon dan bukannya UMNO. UMNO adalah bersesuaian dengaan bangsa Melayu kerana dasarnya bukan kerana calonnya.


Sepatutnya dari dahulu lagi pemimpin atasan UMNO mengambil langkah bijak ini. Ini adalah kerana disebabkan calon-calon yang berpura-pura inilah yang menyebabkan 'tsunami' politik pada 2008.


Cuba lihat dua wakil UMNO yang boleh dikatakan telah rosak iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Tan Sri Kadir Sheikh Fadzil. Kedua-dua ini mempunyai agenda yang tersembunyi disebalik wajah warak terhadap bangsa dan agama.


Sepatutnya UMNO kena singkirkan calon-calon mahupun ahli-ahli yang mempunyai pelbagai wajah kerana dikhuatiri kelak akan menjahanamkan UMNO dengan cara belakang.




Berperang harus kena dengan caranya bukannya dengan membabi buta. Jika orang menggunakan senapang takkanlah kita masih lagi hendak menggunakan keris. Alamat akan kalah tersungkur akhirnya. Biarlah kita hilang seribu pembelot dari kita hilang sejuta rakan setia.... Betul tak?

0 ulasan:

Post a Comment

 
© Copyright 2010-2011 Melayu Kedah Terakhir All Rights Reserved.
Template Design by Herdiansyah Hamzah | Published by Borneo Templates | Powered by Blogger.com.