.

.

Pages

NUKILAN TROOPER...JIKA ADA PELUANG, SAYA AKAN SERTAI DAP

Saturday, March 24, 2012




Ya, saya mahu menyertai DAP. Saya mahu mendidik masyarakat di sekitar saya bahawa DAP bukan komunis. DAP bukan cina. DAP bukan anti-Melayu. DAP bukan chauvinist. DAP bukan anti-Islam. DAP bukan semua tanggapan kolot di atas.

DAP adalah parti politik yang sah di sisi Perlembagaan Malaysia. Tiada beza taraf DAP dan Umno dari sudut perundangan. Cuma bezanya antara dua parti itu ialah DAP cuba mencerdikkan rakyat dan Umno sudah sekian lama menipu rakyat.
Walaupun sudah ramai masyarakat Malaysia sedar tentang hakikat ini, namun hal ini hanya berlegar di kawasan yang mempunyai capaian maklumat yang tepat sahaja.

Bagaimana dengan nasib warga FELDA? Bagaimana dengan nasib penduduk Sabah dan Sarawak? Bagaimana dengan nasib masyarakat di kawasan pedalaman?



Hanya dengan kesediaan masyarakat yang sedar dan matang politik, untuk berani terjun melakukan sesuatu yang lain dari kelaziman maka cetusan pencerahan ke arah politik matang ini dapat dipercikkan.

Semakin ramai yang berani membuat keputusan begini, sudah tentu sindrom politik takut itu dapat dikurangkan hari demi hari. Pergiatkan program-program pencerahan kepada masyarakat.

Saya tidak tulis di sini bahawa hanya dengan menyertai DAP sahaja satu-satunya cara untuk membina sebuah masyarakat yang matang politiknya, tetapi ini salah satu usaha ke arah itu.

Masyarakat yang matang politiknya akan mampu berfikir secara rasional, tidak terpengaruh dengan sentimen perkauman, sedar akan hak mereka untuk berfikir dan memilih secara bebas tanpa dikongkong, tidak terperangkap dengan sindrom kerajaan pemerintah adalah kuasa segala-galanya tetapi insaf bahawa merekalah sebenarnya penentu siapakah yang akan menjadi pemimpin kepada mereka sendiri.

Saya terpegun dengan berita 2 graduan perundangan UiTM menyertai DAP. Timbul di benak saya, apakah ada "perancangan" yang gagal sehingga terjadinya kes sebegini terhadap graduan UiTM?

Mari kita baca ini, sambil berfikir secara orang dewasa yang matang.

Wallahualam.
nukilan  Ahmad Tajuddin Abdullah

Assalamualaikum...


Petikan diatas MKT ambil dari luahan hati seorang Melayu murtad bangsa yang menulis didalam ruangan Surat Malaysiakini.

Artikelnya menarik perhatian MKT kerana setiap baris ayatnya menunjukkan kononnya DAP adalah parti yang mampu membela bangsa Melayu dan UMNO pula adalah parti yang menjahanamkan Melayu.

Biarlah MKT yang menjadi wakil kepada kebanyakkan bangsa Melayu yang masih memegang erat tali bangsanya untuk menjawab segala tohmahan dan kedaifan beliau berfikir.

Mungkin beliau terlupa pada hikayat 13hb Mei 1969 dimana DAP juga adalah salah satu parti yang menyemai kebencian kepada bangsanya sendiri. Mungkin beliau terlupa akan hakikat bagaimana 'penyapu besar' diarak sekeliling Kuala Lumpur unttuk menyapu bangsanya. Mungkin beliau juga terlupa berkenaan isu pembunuhan seorang anak melayu Pulau Pinang di belasah oleh segerombolan anak-anak Cina penganut fahaman DAP.

Itu ceritera yang lampau yang semakin pupus ditelan zaman....

Mengapakah MKT dan kebanyakkan rakyat Malaysia berbangsa Melayu khususnya menolak fahaman DAP?

Tidakkah beliau terfikir sejenak yang parti manakah yang menyokong perjuangan komunis dan beria-ia hendak membawa kembali ketua komunis Malaya pulang ke negara ini?

Tidakkah beliau terfikir sejenak bagaimana penipuan Lee Kuan Yew, menipu masyarakat bangsa Melayu Singapura? Tidakkah beliau perasan yang hanya seorang sahaja bangsa Melayu yang dilantik sebagai Perdana menteri Singapura selama negara itu merdeka? Dan siapakah mentor sebenar parti DAP disini, jika bukannya Lee Kuan Yew?

Usahlah menipu rakyat dengan menceritakan kebaikan DAP sedangkan rakyat lebih tahu keburukkan berkenaan DAP lebih dari kamu sendiri.

Ohh...MKT hampir lupa pula dengan isu Kristianisasi. Siapa pula yang beria-ia hendak meng'kristian'kan bangsa Melayu dalam 10 tahun akan datang? Siapa pula yang membuat janji baiah dengan para paderi di Hotel Red, Pulau Pinang? Bukankah ianya ilham dari DAP?

Rasanya penjelasan ini sudah cukup kerana walaupun pendek tapi ianya padat menjawab segala kemusykilan yang ada.

Pada pendapat MKT, DAP tidak perlu bersusah payah hendak me'Melayu'kan DAP kerana rakyat tahu ianya adalah salah satu umpan basi untuk menjerut leher bangsa Melayu itu sendiri.

0 ulasan:

Post a Comment

 
© Copyright 2010-2011 Melayu Kedah Terakhir All Rights Reserved.
Template Design by Herdiansyah Hamzah | Published by Borneo Templates | Powered by Blogger.com.